You are on page 1of 19

BAB 11

INTEGRASI DAN
PERPADUAN NASIONAL
Pengenalan
• Selepas kemerdekaan, negara menghadapai pelbagai
masalah dalaman terutama masalah perpaduan dan
integrasi antara kaum.
• Masalah perpaduan wujud implikasi drpd pemisahan
tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan
berbeza, fahaman politik, masalah ekonomi, perbezaan
kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan
penjajah.
• Perlbagai langkah diambil seperti penyeragaman sistem
pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik
dan aspek sosial lain.
• DEB, Dasar kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara
dibentuk untuk perpaduan kaum di Malaysia.
KONSEP DAN TEORI
Perpaduan
• Proses penyatuan dari semua aspek fizikal, sosial,
ekonomi dan politik tetapi bukan biologikal
Integrasi
• Proses penyatuan dari semua aspek fizikal, social,
ekonomi dan politik termasuk aspek biological
(kesanggupan kahwin campur)
Asimilasi
• A+B+C=A
• Proses integrasi satu hala
• Akhir proses, golongan minoriti akan hilang ciri-ciri
kebudayaan dan identiti etniknya
• Kewujudan satu kelompok yang seragam
– A = majoriti / dominan
– B dan C = kelompok minoriti
– Akhir proses, B dan C akan kehilangan budaya, bahasa
dan agama masing-masing dan akan mengamalkan
budaya, bahasa dan agama kelompok A
• Contoh : Masyarakat Cina di Indonesia.
• Proses integrasi jenis ideal.
Proses Kecil Asimilasi
• Terdapat 2 proses kecil asimilasi di mana
kelompok minoriti tidak kehilangan semua ciri-ciri
mereka pada akhir prosesnya.
Asimilasi budaya / Akulturasi
• Kelompok minoriti mempelajari budaya kelompok
dominan/majoriti.
• Ciri-ciri kelompok minoriti tidak semestinya
hilang.
• Memperkayakan budaya
• Contoh : Orang Cina yang berasal dari negara
China sebagai Cina Malaysia.
Asimilasi struktur
• Ai + B + C + Ai + Bi + Ci
• Kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama kelompok
dominan / majoriti.
– A = kelompok majoriti
– B dan C = kelompok minoriti
– i = institusi
• Contoh : di Malaysia
– Sekolah
– Barisan Nasional
Amalgamasi
• A+B+C=D
• Proses pencantuman dari segi biologi
– A, B dan C : kumpulan etnik
– D : amalgamasi – hasil percantuman
• Akan melahirkan satu kelompok baru yang akan memiliki ciri-ciri
baru.
• Berlaku melalui perkahwinan campur secara besar-besaran.
– Percantuman ras dan etnik akan memperkayakan lagi warisan
masyarakat
Pluralisme
• Bertentangan dengan dasar asimilasi dan amalgamasi
• Dasar yang mempertahankan kepelbagaian.
Pluralisme Kebudayaan
• A+B+C=A+B+C
• A, B dan C mewakili kelompok ras / etnik.
• Pengekalan cirri-ciri kebudayaan termasuk pelbagai
kelompok, termasuk kebudayaan kelompok minority
berasaskan andaian
– Semua kelompok etnik mempunyai hak terhadap
warisan psikofizikal masing-masing
– Perbezaan dalam kebudayaan manusia adalah lazim dan
tidak dapat dielakkan
– Kepelbagaian adalah punca kekuatan di mana Negara
akan mendapat manfaat dari kepelbagaian ini.
• Satu bentuk perpaduan yang mudah diterima umum.
Pluralisme Ubahsuaian
• A + B + C = Ai + Bi + Ci
• Setiap kelompok ras dan etnik terpengaruh oleh budaya
orang lain
– A, B dan C mewakili kelompok ras / etnik asal.
– Ai, Bi dan Ci adalah kelompok asal yang sudah
mengubah suaikan amalan budaya asal mereka kerana
pergaulan dan perhubungan dengan kelompok lain.
• Pengaruh ini membawa sedikit perubahan kepada amalan
budaya asal sesuatu kelompok itu.
• Dikemukakan oleh Nathan Glazer dan Daniel P. Moynihan
(1963)
– Hasil kajian dan tinjauan mereka keatas satu fenomena
yang wujud di kota New York.
• Amalan budaya Nigeria di kalangan Nigeria di NY berbeza
dengan amalan asal budaya Nigeria
Dimensi Integrasi
• Integrasi boleh dibincangkan dari beberapa dimensi.
• Ia boleh merujuk kepada mengintegrasikan individu (etnik)
dan kelompok, idea dan nilai, kawasan dan keadaan.
• Boleh merujuk kepada proses membina konsensus di
kalangan rakyat pelbagai etnik dan kepentingan.
• Dlm masyarakat majmuk – melalui permuafakatan.
• Prinsip asas ;
– Perpaduan dan integrasi melalui kepelbagaian;
– Saling hormat dan menghormati antara satu sama lain;
– Sedia bekerjasama dan bertolak ansur; dan
• Sederhana dalam tuntutan yang melintasi garis pemisah.
MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI
• Kemuncak masalah perpaduan dan integrasi nasional di
Malaysia bilamana tercetusnya rusuhan kaum pada 13
Mei 1969.
• Pilihanraya umum 1969, Parti perikatan buat pertama
kalinya gagal memperolehi majoriti 2/3.
• Parti pembangkang telah merancang untuk mengadakan
perarakan kemenangan.
• Gerakan dapat kebenaran untuk adakan perarakan
• DAP juga adakan perarakan.
• Kemuncak dan manifestasi hubungan kaum yang selama
ini terpupuk sejak kuasa penjajah mulai bertapak di negeri-
negeri dalam Persekutuan Malaysia.
• Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan wujudnya
masyarakat majmuk yang dipisahkan dari pelbagai segi.
• Tempat Tinggal
• Orang Melayu dan penduduk asli dibiarkan oleh
penjajah di perkampungan dan pendalaman seperti
sediakala.
• Etnik-etnik pendatang terpisah dari segi tempat
tinggal kerja
– Cina – perlombongan
– India – Estate
• Pendidikan
• Setiap etnik mempunyai pendidikan dan sukatan
pelajaran masing-masing.
– Melayu – Sekolah Melayu / Inggeris
– Cina – Sekolah aliran Cina / Inggeris
– India – Sekolah aliran India / Inggeris
• Pekerjaan
• Melayu – dibiarkan terus menjalankan hidup yang
mereka lakukan sejak turun temurun, sebagai petani
sara diri dan nelayan.
• Cina – digalakkan bergiat dalam sektor ekonomi
• India – pekerja estet.
• Kesan dasar “pecah dan perintah”, masyarakat
Malaysia yang terdiri dari pelbagai kelompok etnik seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak terpisah antara
satu sama lain.
• Inilah keadaan sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu
menjelangnya kemerdekaan pada tahun 1957 dan
pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
• Sehingga tahun 1969, kerajaan Malaysia telah mempunyai
anggapan bahawa ‘tolak ansur’ antara orang Melayu
dengan bukan Melayu dalam bidang politik dan ekonomi
negara sudahpun diterima.
• Rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah kemuncak kepada
masalah perpaduan dan integrasi nasional. Antara perkara
penting yang disedari umum ketika itu ialah dalam soal-
soal :
• Politik
• Konsep ‘tolak ansur’ tidak lagi diterima
• Orang Melayu bukan hanya perlu kuasai politik,
tetapi juga ekonomi
• Ekonomi
• Ketidak seimbangan pendapatan berleluasa antara
kelompok Melayu dan Bukan Melayu di Semenanjung
Malaysia.
– Pendapatan tinggi
– Pandapatan sederhana
– Pendapatan rendah
• Pemilikan harta yang tidak seimbang antara Melayu
dengan bukan Melayu.
• Pergaduhan kaum telah menunjukkan bahawa keadaan
politik tidak begitu tenteram seperti yang dijangkakan.
• Kebanyakkan pemerhati politik membuat kesimpulan,
peristiwa tersebut berlaku disebabkan :
- kaum Melayu tidak berpuas hati dengan kadar
pemodenan yang telah berlaku dan juga tidak berpuas hati
dengan anggapan bahawa aktiviti mereka seharusnya
tertumpu kepada soal-soal politik semata-mata.
- kaum bukan Melayu pula tidak berpuas hati bahawa
mereka seharusnya berkecimpung dalam aktiviti ekonomi
sahaja dan tidak bersetuju dengan penerimaan konsep hak
istimewa orang Melayu.
Pendekatan Menangani Cabaran Pembinaan Negara
Bangsa
• Memberi galakkan penduduk berhijrah dari satu
kawasan ke kawasan lain
• Menteragamkan sistem pendidikan (melalui dasar2
pelajaran)
• Peranan media massa (media cetak dan elektronik)
• Integrasi Ekonomi
• Penyatuan fahaman politik
LANGKAH PERPADUAN DAN INTEGRASI
• Ekoran dari rusuhan kaum 13 Mei 1969, kerajaan telah
melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik
untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional.
Sosial
• Rukun Negara
• Dasar Pelajaran Kebangsaan
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Politik
• Pindaan Akta Hasutan
• Telah dipinda dalam masa darurat oleh Ordinan 45 Tahun
1970 untuk menghukum perbuatan mempersoalkan isu-isu
sensitif.
• Larangan telah diperluas dan dikenakan kepada ahli
Parlimen dan ahli Badan Perundangan Negeri.
• Seksyen 2 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1971 itu telah
meminda Perkara 10 perlembagaan (mengenai kebebasan
bercakap) untuk memberi kuasa kepada Parlimen
meluluskan undang-undang melarang perbuatan
mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan,
keistimewaan, kedaulatan dan hak kedaulatan yang
ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
• Bahagian 3 (Kewarganegaraan)
• Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)
• Perkara 153 (Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera dan kedudukan sah kaum-kaum lain)
• Perkara 181 (Kedaulatan Raja-Raja).
Politik Perikatan dan Barisan Nasional
• Kerjasama politik melalui permuafakatan dalam parti
Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya
Barisan Nasional pada tahun 1976.
Ekonomi
• Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada 1971 melalui
Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975.
• Rancangan Lima Tahun, Dasar Pembangunan Nasional.
• Matlamat utama :
- Membasmi kemiskinan
- Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan etnik
mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan.
• Tujuan akhir : mencapai integrasi nasional dan hidup
bersama dengan rukun dan damai.
Penutup
• Untuk merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan
negara bangsa perlu diperkenalkan kepada rakyat.
• Proses perpaduan dan integrasi adalah matlamat dan
cabaran utama sesebuah negara.

You might also like