You are on page 1of 41

PJM3106

Sistem Rangka:
~ Struktur Tulang
~Fungsi Tulang
~Perkembangan & Pertumbuhan
Tulang
Sistem Rangka
• Sistem rangka terdiri daripada tulang-tulang dan
struktur-struktur sokongan seperti ligamen,
katrij, dan sendi.
• Tulang adalah tisu keras yang mempunyai lapisan
luar yang kuat dan lapisan dalam yang berongga.
• Ligamen adalah tisu berfiber yang
menyambungkan dua atau lebih tulang-tulang
tersebut atau rawan yang boleh bergerak dan
memberi sokongan dan kekuatan sendi.
• Sendi adalah tempat pertemuan dua tulang yang
bersebelahan. Terdapat tiga jenis sendi pada
manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses),
sendi yang mempunyai gerakan terhad
(amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak
bebas (diathroses).
• Kartilej adalah tisu yang kurang keras dan lebih
fleksibel daripada tulang. Kartilej menyaluti
hujung-hujung tulang yang membentuk sendi.
• Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia
yang mempunyai lapisan luar yang kuat, keras,
tebal dan bahagian tengah berongga yang
mengandungi sum-sum.
• Perkataan ‘skeleton’ berasal dari perkataan greek
iaitu ‘badan yang telah dikeringkan’.
• Sistem rangka adalah asas terhadap seluruh
badan kita yang terbentuk. Tulang kita adalah
ringan tetapi kuat lalu memberikan kita
kemudahan untuk bergerak selain memberi kita
perlindungan.
Ligamen
Tisu berfiber yg menyambung dua atau lebih Sendi Bahu
tulang

Tendon
Tisu penyambung yang menyambug
otot ke tulang

Ligamen

Tendon

Kartilej
Tisu lembut yang menyaluti
hujung tulang
FUNGSI SISTEM RANGKA

• SOKONGAN
• PERLINDUNGAN
• PERGERAKAN
• PEMBENTUKAN SEL-SEL DARAH
• PENYIMPANAN MINERAL
2.2 FUNGSI SISTEM RANGKA
Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka iaitu:
 Sokongan
Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-
tisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh:- Otot rangka
dilekatkan pada tulang-tulang rangka.

 Perlindungan
Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik
melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh:-
Tengkorak melindungi otak.

 Pergerakan
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang
melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan
berpaksi pada sendi. Contoh:- Sendi siku-ulna dan humerus.
 Pembentukan sel-sel darah
Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah
merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang terlibat termasuklah
sternum, sebahagian daripada pelvis, femur dan humerus.

 Penyimpanan mineral
Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan
fosforus yang menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap
tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan
bahagian lain tubuh apabila diperlukan.
Contoh:- Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium
dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk
penguncupan otot.
KLASIFIKASI TULANG Tulang Leper/pipih

Tulang Panjang

Tulang Tak Sama Bentuk

Tulang Pendek
STRUKTUR TULANG PANJANG

Kartilej
Epifisis Proksimal

Garisan epifisal
Endosteum
Tulang berongga
Periosteum Tulang mampat
Kaviti medulari
Sum-sum kuning
Diafisis

Arteri nutrien

Epifisis Distal
PEMBENTUKAN TULANG
Sel-sel pembentuk tulang (osteoblas)
Rembes fiber yg
memerangkap mineral

Osteosit

Osteoklas Sel-sel yang melarutkan


tulang

Osifikasi tulang
Kartilej Tulang di luar
Osteoblas- Kartilej di dalam
Menyaluti kartilej

Osteoklas –
Melarutkan
Kartilej di
dalam

Medula kaviti
2.3 KLASIFIKASI TULANG
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Tulang-tulang boleh
diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya:

2.3.1 Tulang panjang


- secara umumnya tulang-tulang ini lebih panjang, lebar dan
berfungsi sebagai tuas.
- kebanyakannya tulang mampat.
- Contoh:- Tulang pada tangan (humerus, radius , ulna,
metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula,
metatarsal, falanges) kecuali pergelangan tangan dan kaki.
2.3.2 Tulang pendek
- tulang-tulang ini berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang
yang tertutup.
- berperanan memindahkan daya.
- tulang-tulang ini berongga.
- Contoh:- Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan
pergelangan kaki (tarsal).

2.3.3 Tulang leper/pipih


- berbentuk pipih, nipis dan melengkung.
- berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi
organ-organ di bawahnya.
- Contoh:- Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.
2.3.4 Tulang tak sama bentuk
- berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi.
- Contoh:- Tulang-tulang vertebra (servikel, torasik, lumbar,
sekrum, dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus,
maleus).
2.4 STRUKTUR TULANG PANJANG

Rajah 1.3 Struktur Tulang Panjang


2.4.1 - Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang dan
terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat yang melingkari
kawasan tulang yang berongga.
- Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal yang
merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam
tumbesaran tulang secara memanjang.
- Plat epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila
tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja.

2.4.2 - Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi


membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai
periosteum.
- Diafisis melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum
kuning tulang.
2.4.3 - Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan
dalam bersel.
- Melainkan di antara kaviti sendi, lapisan superfisial tulang
panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh
periosteum.
- Periosteum:-
 Mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya.
 Menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf.
 Terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan tulang.
2.5 PERKEMBANGAN TULANG
2.5.1 Pembentukan Tulang

i) Sel-sel tulang
- tulang terdiri daripada sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan
matriks bermineral padat.
- Sel-sel pembentuk tulang (osteobles) merangkap fiber-fiber
yang memerangkap mineral.
- Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini
kemudiannya menjadi sel-sel matang (osteosit).
- Tulang juga mempunyai sel-sel yang melarutkan tulang
(osteoklas).
- Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk
sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.
- Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda.
- Osteoklas lebih aktif pada mereka yang berumur.
ii) Osifikasi tulang
-Tulang dibina dari kartilej dan tulang.
- Pada embrio, kabanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari
kartilej hailin dan kemudiannya digantikan dengan tulang pada
kanak-kanak.
- Pada pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang
rangka melibatkan dua peringkat:
Peringkat pertama
Osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan
bahan matriks bermineral.
Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkatilej di sebelah dalam
dan bertulang sebenar di sebelah luar.

Peringkat kedua
Model berkartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut
dilarutkan osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.

- Model kartilej hailin telah digantikan dengan tulang sewaktu bayi


dilahirkan kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular
yang menuto kedua-dua hujung tulang dan plat epifiseal.
KEPERLUAN UNTUK TUMBESARAN TULANG
SECARA NORMAL

1. Garam Mineral
- Kalsium dan fosfat

2. Vitamin
- Vitamin A, D dan C

3. Hormon
- Hormon tiriod, hormon tumbesaran
dan hormon seks
2.5.2 Tumbesaran Tulang

Arah Tumbesaran
- Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja.
- Semasa kanak-kanak, plat epifiseal adalah kawasan bagi
tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang.
- Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir
lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel
pada plat epifiseal dan menjadikannya nipis.
- Pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak
tetapi osifikasi terus berlaku sehingga 8 tahun seterusnya.
- Pada peringkat ini, diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan
epifiseal menggantikan plat epifiseal.
- Semasa tumbesaran, diameter tulang akan bertambah kesan
daripada pertambahan beban ke atas tulang.
2.5.3 Keperluan mineral, vitamin dan hormon.

Garam mineral
i. Kalsium dan fosfat - tumbesaran tulang.
ii. Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari
segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra
natal lagi.

Vitamin
i. Vitamin A, D dan C – tumbesaran tulang.
ii. Vitamin D – merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium
dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi
lebih kuat.
iii. Vitamin A dan C – tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang
rosak.

Hormon
i. Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks
diperlukan untuk tumbesaran tulang.
JENIS-JENIS SENDI

Tidak bergerak ( synarthroses)

Gerakan terhad (amphiathroses)

Gerakan bebas (diathroses)


JENIS-JENIS SENDI (PERGERAKAN)

1. Gelungsur
3. Sirkumduksi

2. Bersudut 4. Putaran
JENIS-JENIS SENDI (STRUKTUR)

Sendi ‘Fibrous’

Sendi ‘Cartilaginous’

Sendi ‘Synovial’
JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL

Sendi gelungsur Sendi kondil (Condyloid joint)

Sendi Engsel (hinge joint) Sendi Pelana

Sendi paksi (pivot joint) Sendi lesung


2.6 JENIS-JENIS SENDI
2.6.1 Sendi Berdasarkan Fungsi
Rajah 1.4 Jenis Sendi Sinovial
2.6.2 Sendi Berasaskan Struktur
Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan
Fungsi Struktur Contoh Sendi Contoh Pergerakan
2.6.3 Jenis-Jenis Pergerakan

Jenis Penerangan Contoh


Jenis Penerangan Contoh
Rajah 1.5 Model RIngkas Pergerakan Artikular

You might also like