You are on page 1of 38

SBLM2043

PERKEMBANGAN PEMIKIRAN DUNIA MELAYU

The Lonely Bridge Builder

YBhg. Prof Emeritius Dato Dr.Khoo Kay Kim

Muhammad Faisal Bin Mustapa (201399) 201399) Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (201400)

Latar belakang dan sejarah hidup

Prof Emeritius Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim ialah seorang Sejarawan Malaysia yang terkenal dan merupakan seorang Professor (Sejarah) di Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak Darul Ridzuan pada 28 Mac tahun 1937.

Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat Sarjana kedoktoran (PhD) berdasarkan thesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning.

Semasa zaman persekolahannya, beliau menghadiri sekolah Inggeris di sebelah pagi dan sekolah Cina di sebelah petang. Pada tahun 1960, beliau memperolehi ijazah B.A. (hons) dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura. Seterusnya, pada tahun 1967, beliau mendapat ijazah sarjana M.A. Sejarah daripada Universiti Malaya, Singapura dan Ph.D. Sejarah daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1974.

Kariernya bermula di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hingga ke hari ini. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, beliau bertugas sebagai seorang Tutor. Seterusnya, dari tahun 1966 hingga tahun 1967, beliau menjawat jawatan Pembantu Pensyarah (sementara) dan akhirnya menjadi Pembantu Pensyarah dari tahun 1967 hingga Julai tahun 1968. Beliau dilantik sebagai seorang Professor pada tahun 1974.

Dari bulan Mei tahun 1973 hingga tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Sejarah dan kemudiannya sebagai Professor Jabatan Sejarah pada bulan Mei tahun 1975.

Beliau telah dianugerahkan J.S.M Johan Setia Mahkota pada bulan Jun tahun 1983 dan pada bulan April tahun 1987, beliau dianugerahkan D.P.M.P Darjah Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau mengahwini Datin Rathi dan dikurniakan 3 orang anak lelaki, Eddin Khoo, Rubin Khoo dan Mavin Khoo yang mewarisi kecintaan beliau pada seni, budaya dan masyarakat.

Hasil Terbitan

Hasil terbitan Professor Khoo berjumlah 205 terdiri dari 60 jurnal, 15 buku, 79 kertas persidangan, 23 syarahan dan 28 bab dalam buku,yang diterbitkan antara 1963 hingga 1998

Hasil terbitan
Bentuk Komunikasi Jurnal Buku Bab (Dalam Buku) Kertas Persidangan dsb Syarahan Jumlah Bahasa Inggeris 48 8 18 36 14 124 Bahasa Melayu 12 7 10 43 9 81

Sebagai ahli akademik yang terkenal, Professor Khoo juga telah menulis beberapa buku berkenaan sejarah yang diguna pakai oleh murid-murid sekolah hari ini.

Sumbangan Lain

Beliau juga terlibat di dalam organisasi sukarelawan iaitu sebagai Penasihat, Alumni Malaysian University of Southern California (MUSCA) pada 4 September tahun 1995. Antara lain penglibatan beliau termasuk menjadi hakim padang dan balapan di Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) pada tahun 1964 dan juga sebagai Pengarah, Pusat Sukan (Universiti Malaysia) pada bulan April tahun 1995.

Pemikiran Dato Dr.Khoo Kay Kim

YBhg. Prof Emeritius Dato Dr.Khoo Kay Kim adalah seorang patriot yang meletakkan dirinya sebagai Malaysia first, Chinese second. Beliau adalah antara yang pertama mengaku sebagai Bangsa Malaysia. Anak jati Teluk Intan ini telah mengahwini seorang wanita india dan dikurniakan tiga orang anak lelaki yang berkongsikan minatnya terhadap kesenian.

Datuk Khoo Kay Kim, sebagai salah seorang perangka Rukun Negara, dengan jelas tidak begitu gembira dengan keadaan fabrik perpaduan kaum di Negara pada masa kini. Pada pendapat beliau, perhubungan etnik di Malaysia amat rapuh walau selepas lebih setengah abad merdeka

Beliau merujuk kepada perkembangan yang kurang memberangsangkan dalam perpaduan kaum. Pada pandangannya sistem pendidikan kebangsaan yang sepatutnya berstatus nonethnic dan non-religious tetapi kini bersifat sebaliknya harus dipersalahkan .

Beliau juga menyalahkan sikap rakyat Malaysian yang sering tidak memperdulikan Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Sikap mementingkan diri dan mengenepikan rukun ini sering membawa masalah dan menjadi punca perselisihan antara kaum.

Beliau juga menyalahkan penglibatan partiparti politik yang bersifat perkauman dalam Jawatankuasa penyatuan kebangsaan. Pada pandangannya, para politikus sering merencana strategi mengikut keadaan sebenar justru memparahkan lagi masalah tersebut. Setiap wakil parti akan bercakap bagi pihak kaum yang diwakilinya.

Apabila semua pihak hanya berjuang bagi kaumnya semata-mata, adalah amat sukar untuk mencapai kata sepakat. Tanpa tindakan yang positif, permasalahan akan terus bertambah berat. Beliau mengimpikan masa apabila setiap rakyat Malaysia berkongsi satu identiti yang sama.

Khoo tidak menolak apabila diminta menyertai jawatankuasa bagi mengelakkkan rusuhan kaum dari berulang kembali, oleh MAGERAN yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ghazali Shafie, juga dianggotai oleh Tan Sri Zain Azraai dan Tan Sri C.Selvarajah.

Semasa darurat Parliamen digantung dan jawatankuasa telah bermesyuarat di Bangunan Parliamen untuk berbincang. Antaranya, mereka telah merangka Rukun Negara, yang diasaskan pada Pancasila dari Indonesia. Ia bukanlah satu ideologi kebangsaan seperti di Indonesia, tetapi lebih merupakan panduan untuk warganegara. Rukun Negara telah dirangka sebegitu rupa agar rakyat biasa mudah memahami dan mengamalkannya.

Ahli akademik ini telah melalui dua rusuhan kaum. Beliau berumur lapan tahun apabila Parti Komunis Malaya membalas dendam pada penyokong Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Mereka tidak menunjukkan sebarang belas kasihan terhadap semua yang dianggap pembelot terutama orangorang Melayu. Apabila orang Melayu mula bertindak balas, telah berlaku pertumpahan darah yang dahsyat. Pengalaman ini telah meninggalkan kesan yang mendalam padanya.

Sewaktu zaman persekolahnya, beliau terlibat dengan aktif dalam sukan terutamanya bola sepak. Dalam pasukan, kemenangan adalah keutamaan tanpa mengira kaum pemainnya.

Beliau berkata sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami makna sebenar gagasan itu. Katanya sejak dari kecil lagi rakyat sudah diasingkan mengikut aliran dan bahasa ibunda masingmasing dan apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalinkan.

Katanya mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini. British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri.

Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka. Khoo juga berkata kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikiran secara sempit.

Bagi rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung, perayaan kemerdekaan 31 Ogos adalah sinonim dengan kemerdekaan. Namun bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak tarikh 31 Ogos 1957 adalah detik yang mana dua negeri di kepulauan Borneo itu masih berada di bawah jajahan British. Manakala 16 September 1963 merupakan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Menurut Professor Khoo Kay Kim adalah wajar 16 September untuk dinobatkan sebagai hari kebesaran Negara, kerana tarikh ini akan memberi satu pengiktirafan dan penghormatan kepada rakyat di kepulauan Borneo dan sebagai simbol asas ke arah penyatuan yang menyeluruh kerana setiap sesuatu itu harus dimulai dengan satu titik.

Rumusan

Menurut Professor Khoo Kay Kim Sistem pendidikan negara yang terlalu menumpukan kepada pembelajaran sains dan teknologi serta meminggirkan kepentingan sejarah dan hal-ehwal kemanusiaan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai ilmu kenegaraan termasuk hidup bersatu dalam negara berbilang kaum.

Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Pada pandangan beliau, satu-satunya cara untuk membina masyarakat Malaysia yang kukuh adalah melalui jalan pendidikan. Sistem pendidikan negara perlu disusun semula termasuk melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.

Sekian, Terima Kasih

PN. HJH. NASARIAH MANSOR Semua kawan-kawan

You might also like