You are on page 1of 32

SGDK3213 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Mohd Mahazir Bin Yahaya (201396) Muhammad Faisal Bin Mustapa (201399) Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (201400)

PENDAHULUAN
PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?

KAEDAH

PENDEKATAN

STRATEGI PENGAJARAN

TEKNIK

AKTIVITI

STRATEGI PENGAJARAN 1.PEMUSATAN GURU 2.PEMUSATAN MURID 3.BERASASKAN SUMBER 4.BERASASKAN TUGASAN

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan yang digunakan dalam proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek pengajaran yang kita ingin utamakan. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Aktiviti adalah langkah-langkah yang berlaku sepanjang proses pengajaran seperti set induksi dan lain-lain.

Kajian-Kajian Berkaitan Pendekatan Proses Dalam Pengajaran Penulisan

Terdapat beberapa kajian mengenai Pendekatan Proses. Kajian mengenai Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan ke atas kajian berkenaan sikap guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman (1988:51) misalnya telah mengkaji sikap pelajar terhadap Pendekatan Proses untuk mengajar penulisan kreatif dan sajak.

Beliau telah melakukan kajian terhadap dua buah kelas gred dua dan dua buah kelas gred lima dan menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred untuk sajak manakala gred lima sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk penulisan kreatif.

Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru-guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian beliau mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran penulisan.

Schwartz (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan Proses berperanan penting dalam penulisan karangan di mana pelajar dibantu untuk melalui proses merancang, membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan pelajar melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan sebaya dan berdialog mengenai teks.

Kajian-kajian ini didapati telah menyokong Pendekatan Proses. Mengapakah Pendekatan Proses penting dan apakah faedahfaedahnya ke atas pengajaran penulisan?

Berkenaan dengan Pendekatan Proses, Keh (1990:10) telah menerangkan bagaimana beliau telah mencorakkan dan mengajar kursus menulis dengan menggunakan pendekatan proses

Jadual Pendekatan Proses Keh

Input

Draf 1

Draf 2

Sesi Guru-Murid

Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat, perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.

Menulis draf pertama dijalankan diluar kelas dan pelajar diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna. Semasa penilaian rakan sebaya pelajarpelajar boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan sahaja.

Contohnya apakah idea utama dalam perenggan atau apakah idea utama penulis? bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan cepat, perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.

Menulis draf kedua, pelajar digalakkan membuat perubahan pada kandungan karangan. Dalam bengkel menulis, guru mengajar karangan kepada pelajar seperi memberi definisi atau membuat koherensi, melihat draf kedua dan membaca setiap draf tiga kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan. Bacaan kedua untuk memberi komen dan cadangan dan bacaan ketiga untuk menandakan kesalahan mereka.

Sesi perbincangan guru murid adalah sesi di mana guru meminta murid memberitahu isi utama dalam karangan mereka. Dalam sesi ini, kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota dan lampiran.

Beliau mendapati pendekatan ini sangat berfaedah kepada pelajar. Ia dapat membaiki isi, penyusunan perenggan dan tatabahasa di samping meningkatkan sikap pelajar terhadap penulisan kepada lebih positif dan mengurangkan rasa kecewa dalam penulisan karangan. Ia juga didapati dapat meningkatkan interaksi di antara pelajar dengan guru.

Di Malaysia, satu kajian ke atas Pendekatan Proses telah dijalankan oleh Narayanan Kunci Raman (1991) ke atas pengajaran penulisan karangan berasaskan Pendekatan Proses di sebuah sekolah menengah gred A. Sampel beliau ialah dua buah kelas tingkatan satu dan dua orang guru. Kelas pertama terdiri daripada pelajar kumpulan cerdas yang terdiri daripada 41 orang pelajar Cina dan seorang pelajar India

Manakala kelas kedua terdiri daripada 46 orang pelajar bumiputera kumpulan cerdas. Kajian beliau secara eksperimen selama enam minggu ini mendapati bahawa Pendekatan Proses dapat meningkatkan kualiti karangan pelajar. Dalam aktiviti prapenulisan, beliau telah membuat pengenalan tema, aktiviti pemilihan tajuk dan membuat rangka karangan.

Dalam aktiviti penulisan pula, beliau telah menjalankan aktiviti menulis draf satu, membuat komen, menulis draf kedua, aktiviti penyemakan rakan sebaya, maklumbalas guru, membuat perbincangan guru dan pelajar, menulis draf ketiga dan kemudiannya proses penyemakan guru dijalankan. Akhir sekali barulah aktiviti menulis draf keempat.

Dalam aktiviti selepas penulisan pula, guru membacakan contoh karangan terbaik dan meminta komen daripada rakan dan karangan yang baik akan dipaparkan disudut bahasa. Beliau mendapati semasa proses penyemakan rakan sebaya dijalankan, proses ini telah memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar untuk menjadi pembaca yang kritis untuk mencari kesalahan tatabahasa.

Semasa penulisan draf ketiga, beliau mendapati ada kemajuan dalam karangan pelajar. Pada draf keempat, menurut beliau agak kurang mencabar pelajar kerana pelajar hanya menyalin kembali karangan mereka.

Walau bagaimanapun, pengajaran Pendekatan Proses menggunakan terlampau banyak masa. Contohnya untuk menghasilkan satu karangan yang lengkap dari draf satu hingga draf keempat, sebanyak 4 jam 40 minit diperlukan yang bersamaan dengan empat minggu waktu karangan mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Masa yang panjang ini kurang sesuai dengan masa karangan di sekolah rendah.

Kesimpulan

Walau Pendekatan Proses sering mengambil banyak masa berbanding dengan cara lain, namun kemahiran penulisan yang dapat dipupuk di kalangan pelajar akan mampu membolehkan mereka menghasilkan karangan yang jauh lebih baik dari segi isi, penyusunan perenggan dan tatabahasa.

Sekian, Terima Semua kawan-kawan Kasih

Seribu Penghargaan Tn. Hj. Abu Hassan Othman

You might also like