You are on page 1of 24

PENJANA ARUS TERUS

Pengenalan
Penjana ialah mesin yang menukarkan tenaga mekanikal kepada elektrik hasil daripada pemotongan fluks magnet dengan pengalir yang berputar atau sebaliknya. ( Hukum Faraday )

Binaan Penjana AT

Tiga bahagian utama bagi penjana AT:


1. Pelengkap litar magnet.
( kuk, teras kutub, teras angker , selar udara diantara kutub angker )

2. Pelengkap litar elektrik.


( gegelung kutub, belitan angker, penukar tertib dan berus karbon )

3. Bahagian Mekanik .
( Kipas, galas bebola, lengan jumpelang )

Fungsi Binaan Penjana AT


Fungsi setiap binaan penjana : a) Kuk - Penyokong teras kutub, perlindungan mekanik penjana, pembawa fluks kutub

b) Teras/kasut kutub -Menghasilkan medan yang kuat, perebak fluks dalam selar udara, mengurangkan engganan laluan litar magnet, mengelakkan gegelung kutub daripada tercabut keluar c) Selar udara d) Gegelung kutub - Laluan fluks magnet - Menghasilkan medan magnet.

e) Belitan angker

- Menghasilkan d.g.e. Janaan.


( Dua jenis belitan angker belitan limpap dan belitan gelombang).

Fungsi Binaan Penjana AT ( sambungan )


f) Penukar tertib g) Berus karbon

- mengumpul d.g.e. yang terhasil di belitan angker, menukar AT kepada AU - penyambung elektrik di antara gelung angker dengan litar luar, memungut d.g.e. yang terjana di angker untuk dihantar ke litar luar.

h) Galas bebola
i) Kipas

- menghasilkan putaran yang licin bagi angker


- menyedut udara panas

j) Lengan jumpelang - tempat pemegang berus karbon, melaraskan kedudukan satah neutral

KAEDAH PENJANAAN
TERBAHAGI KEPADA 2 PENJANA UJAAN ASING PENJANA UJAAN DIRI

PENJANA UJAAN ASING


MEMERLUKAN AT.DARI LUAR UNTUK MEMBERIKAN KEKUATAN MAGNET KE KUTUB-KUTUB PENJANA 2 JENIS SAMBUNGAN : PIRAU DAN MAJMUK BAGI MENGHASILKAN VOLTAN KECIL KEKUTUBAN MAGNET INI BOLEH DIBUAT DENGAN MEMASANG MAGNET KEKAL DAN TIDAK MEMERLUKAN ELEKTROMANGNET UNTUKMEMBERIKAN FLUKS MAGNET KE KUTUB-KUTUB PENJANA APABILA PENJANA DIJALANKAN FLUKS MAGNET TELAH MENCAPAI NILAI MAKSIMUM DENGAN ITU VOLTAN YANG TERJANA DAN VOLTAN PENGKALAN TURUT MENCAPAI TAHAP MAKSIMUM.

LITAR PENJANA TERUJA ASING

PENJANA UJAAN DIRI

TERDIRI DARIPADA 3 ,PENJANA PIRAU,PENJANA SIRI DAN PENJANA MAJMUK. TIDAK MEMERLUKAN VOLTAN LUARAN UNTUK MENDAPATKAN FLUKS MAGNET. FLUKS MAGNET UNTUK PEMOTONGAN PENGALIR DIPEROLEHI DARIPADA MAGNET BAKI YANG TERDAPAT PADA KUTUB PENJANA. SUNGGUHPUN FLUKS MAGNET INI TIDAK BESAR TAPI MENCUKUPI UNTUK MEMULAKAN PENJANAAN BAGI MENGHASILKAN VOLTAN YANG KECIL SETERUSNYA VOLTAN YANG TERJANA MENINGKAT SEHINGGA KEKUATAN MAGNET MENCAPAI TAHAP KETEPUAN

LITAR TERUJA DIRI

Jenis-Jenis Penjana AT
Penjana Teruja Pisah Penjana Teruja Diri
Penjana Belitan Siri Penjana Belitan Pirau

Penjana Majmuk
Penjana Majmuk Sambungan Pirau Pendek Penjana Majmuk Sambungan Pirau Panjang

Penjana Teruja Pisah

Penjana ini memerlukan voltan AT dari luar untuk memberikan kekuatan fluks magnet ke kutub penjananya. Penjana jenis ini jarang digunakan kecuali untuk kegunaan khusus.

Penjana Teruja Diri ( Belitan Siri )

Penjana ini mendapatkan fluks magnet dari kemagnetan baki dari kutub-kutubnya sendiri.
( tidak perlu bantuan luar ).

Oleh sebab penjana ini tidak memerlukan bantuan voltan dari luar, maka penjana ini dinamakan penjana teruja diri

Penjana Teruja Diri ( Belitan Pirau )

Penjana ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis; penjana belitan siri, penjana belitan pirau dan penjana belitan majmuk.

Perbezaan Belitan Pirau & Belitan Siri


Belitan pirau:

Belitan siri:

Belitan pirau dibelitkan (guna) pada kutub utama. Rintangan belitan tinggi disebabkan bilangan belitan yang banyak dan mempunyai luas muka keratan pengalir yang kecil. Disambung selari dengan angker bagi mengurangkan nilai rintangan.

Belitan siri digunakan pada kutub utama

Berlawanan belitan pirau.

dengan

Disambung sesiri dengan angker

Penjana Majmuk
(a). Penjana Belitan Majmuk Pirau Panjang. (b). Penjana Belitan Majmuk Pirau Pendek.

Kecekapan Dalam Penjana AT

KECEKAPAN

- Nisbah kuasa masukan dengan kuasa Keluaran yang dinyatakan dalam bentuk peratus (%). Peratus kecekapan penjana diperolehi menggunakan formula berikut : keluaran %kecekapan 100 masukan
Atau

%kecekapan

masukan kehilangan 100 masukan


Atau

%kecekapan

keluaran 100 keluaran kehilangan

Kehilangan Dalam Penjana AT

KEHILANGAN

- Tenaga (kuasa) yang hilang dalam bentuk tenaga haba yang tidak berguna semasa proses penjanaan.

Kehilangan dalam penjana terbahagi kepada 2 iaitu: 1). Kehilangan Kuprum. Kehilangan kuprum disebabkan oleh: i). ii). Kehilangan di angker, Kehilangan di medan pirau / medan siri & medan kutub antara.

Kehilangan Dalam Penjana AT ( sambungan )

2).

Kehilangan Mekanik atau putaran.

Kehilangan ini berlaku akibat:


i). ii). Kehilangan besi ( histerisis & arus pusar )

Kehilangan geseran (galas bebola, berus & udara )

Penyelarian Penjana AT

Tujuan Penyelarian: 1. 2. Dapatkan bekalan arus keluaran yang tinggi tetapi kekuatan voltan tetap. Penyelarian dilakukan bagi mendapatkan bekalan berterusan walaupun salah satu penjana rosak. Penjana disambungkan selari untuk menampung beban yang lebih besar.

3.

Penyelarian Penjana AT (sambungan )

Syarat-syarat penyelarian:
1.
2.

Voltan keluaran penjana mestilah sama.


( Arus penjana tidak perlu sama )

Kekutupan penjana mestilah sama.


( Kutub positif penjana pertama mesti di sambung pada kutub penjana kedua, begitu juga dengan kutub negatifnya )

3.

Tertib menjalankan penyelarian; i). Hidupkan penjana 1 -Pastikan voltan stabil ii). Laraskan arus medan pirau agar voltan pangkalan sama dengan voltan palang bas iii). Sambungkan Penjana 1 ke palang bas. iv). Hidupkan Penjana 2 Laraskan arus medan agar sama dengan voltan punca penjana pertama. v). Sambungkan Penjana 2 ke palang bas

Palang Penyama.

Palang Penyama.
Palang penyama digunakan untuk mengawal / menyamakan keupayaan bagi kedua-dua penjana yang disambung selari dan seterusnya mengatasi masalah larian. Masalah larian ( Runaway ) berlaku apabila salah satu penjana bertindak sebagai pembekal tenaga kepada penjana kedua yang mengalami masalah pengurangan voltan pangkalan. ( akibat pengurangan
kelajuan, pengurangan medan magnet dan sebagainya.)

Istilah-istilah berkaitan Penjana AT


1.

Menukar tertib.

Proses di mana arus dalam keadaan berlitar pintas apabila gegelung angker diterbalikkan semasa ia melintasi paksi neutral magnet.

Pertukaran tertib boleh menggunakan kutub antara.

dikurangkan

dengan

Istilah-istilah berkaitan Penjana AT ( sambungan)

2.

Tindak Balas angker.

Kesan medan magnet yang dihasilkan oleh arus angker atas pengagihan fluks dari kutub utama.
Tindak balas angker menyebabkan: a). b). c). d). e). Fluks kutub utama menjadi lemah. Fluks utama terherot. Satah neutral geometri terherot. Pertukaran tertib. Bunga api.

Gegelung pampasan digunakan untuk membaiki tindak balas angker.

You might also like