You are on page 1of 23

BAHAGIAN A : PENGENALAN KEPADA MASYARAKAT BAB SATU MASYARAKAT

Masyarakat
1.

2.

Masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

Masyarakat Majmuk Satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu-padu. Konsep Masyarakat Majmuk Mula dipelopori oleh J.S. Furnivall dalam kajian yang dibuat di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall : - masyarakat majmuk merujuk kpd masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di bawah satu sistem politik. - Ia muncul akibat drpd dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi penjajah yang mengakibatkan wujudnya kelompokkelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk  Masyarakat Majmuk : J.S Furnivall (1956) dalam bukunya bertajuk Colonial Policy and Practice : A Comparative Study of Burma and Netherlands India telah memberikan beberapa ciri masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa iaitu : a) terdapat pelbagai jenis manusia spt Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera) b) mereka bercampur tetapi tidak bersatu c) mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama d) masing-masing berpegang kpd kpd kebudayaan , agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. e) mereka bertemu di pasar ketika membeli-belah kemudiannya masing-masing balik ke tempat kelompok sendiri f) terdapat pemisahan dalam bidang pekerjaan di mana tenaga buruh terbahagi mengikut garis perkauman.

Perkembangan Masyarakat Majmuk Sejarah pembentukan masyarakat majmuk ini bermula selepas campur tangan British secara langsung dalam halehwal politik negeri-negeri Melayu pada pertengahan kedua abad ke-19. Faktor British Membawa masuk imigran Asing i) Org Melayu telah diketepikan atas dasar tidak mahu menggugat struktur tradisional yg sedia ada maka British telah membawa masuk buruh-buruh dari luar untuk menampung keperluan sumber tenaga mereka dan mencapai matlamat ekonomi. ii) British tidak melihat orang Cina dan India sebagai ancaman kpd mereka malahan dapat memperkukuhkan kuasa penjajahan mereka di Tanah Melayu. iii) Org Melayu disisihkan drpd sumber hasil negeri oleh British tetapi melihat orang imigran asing sbg buruh yang murah, kuat bekerja, berdaya tahan dan berpotensi untuk membangunkan sumber ekonomi Tanah Melayu.

 1.

2.

3.

Latarbelakang Kaum Utama dan Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia Tiga kaum terbesar di Tanah Melayu orang Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak lombong bijih timah oleh Long Jaafar keseluruhan masyarakat adalah org Melayu. Pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan beramairamai orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Berlaku akibat dasar kolonial British. Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan British menggunakan dasar pecah dan perintah (divide and rule)

Kaum Melayu  Org Melayu ditafsirkan sbg penduduk asal Tanah Melayu.  Sejak abad ke-9, berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Masyarakat Indonesia datang dari pelbagai pulau spt Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau.  Sebelum zaman penjajahan, kegiatan utama ekonomi msyrkt Melayu pesisir ialah perdagangan. Lokasi di sungaisungai dan tepi pantai. Kerajaan Melayu tradisonal lebih tertumpu di tepi dan muara sungai. Contoh Melaka.  Terdapat ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam, mengerjakan sawah padi, penternakan dan mengutip hasil hutan.  Penguasaan ekonomi org Melayu merosot dan berubah setelah campurtangan British dalam pentadbiran politik tempatan serta kemasukan buruh asing.

6.

Dalam bidang pertanian, British memegang dasar agar org Melayu kekal sebagi petani sara diri dan mengusahakan hasil untuk sara-diri sahaja.

Kaum Cina 1. Penghijrahan beramai-ramai org Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Mereka berhijrah berdasarkan dialek daerah. Imigran Cina terdiri daripada Canton, Hokkien, Hakka, Hailam, Teowchew. 2. Kebanyakan org Cina datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China spt Kwantung, Fuchien dan Kwangsai, Canton. 3. Kemuncak kedatangan imigran Cina berlaku pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk Perak, Selangor dan Sg. Ujong terdiri dari orang Cina. Antara 1895 1927 kira-kira 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.

4.

Orang Cina bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah yang awal di Lukut dan Sg. Ujong. Selain itu, mereka terlibat dengan perladangan gambir dan lada hitam di Johor melalui Sistem Kangchu.

Faktor Penghijrahan Orang Cina ke Tanah Melayu  Kesengsaraan hidup di negara China  Ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China  Pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu  Kestabilan politik di Tanah Melayu.

Kaum India 1. Kaum India merupakan kaum kedua terbesar yang berhijrah ke Tanah Melayu. Kebanyakan berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras) 2. Hubungan terawal bermula sejak abad pertama masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama Hindu di Nusantara. Cth di Lembah bujang, Kedah. 3. Kawasan asal Imigran India yang berhijrah ke Tanah Melayu spt Arcot, Malabar, Salem, Chinglipur 4. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, kerajaan British telah membawa masuk buruh tawanan India. Buruh tawanan dibawa ke Tanah Melayu untuk membina bangunan, jalan keretapi, jalanraya dan sebagainya. 5. Peringkat kedua, org India dibawa masuk untuk mengusahakan ladang-ladang milik British spt ladang tebu di Seberang Perai dan utara Perak , kopi di Selangor serta ladang teh dan getah apabila Inggeris kuasai NNM sekitar tahun 1880-an.

6.

Sistem popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India melalui Sistem Kangani dan Sistem Kontrak untuk bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu.

Faktor Orang India Berhijrah Ke Tanah Melayu  Kesukaran hidup di India  Peluang pekerjaan yang luas dan pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Contoh bekerja di ladang getah  Mendapat galakkan dari British

Penutup  Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu serta di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan kumpulan masing dalam kumpulan masyarakat majmuk.  Selain daripada tiga kaum utama juga terdapat masyarakat Kadasan-Dusun, Bajau di Sabah dan org Iban, org Melanau, Penan di Sarawak.  Pada peringkat awal, percampuran antara kaum amat sukar kerana perbezaan agama, budaya dan adat resam.  Wujudnya masyarakat majmuk yang harmoni di Malaysia memberi kesan yg positif kepada politik, ekonomi dan sosial serta mewujudkan negara berteraskan perpaduan kaum ke arah pembinaan negara bangsa.

BAB 2 BUDAYA

Definisi Budaya  Perkataan budaya berasal daripada bahasa sanskrit Buddhayah iaitu kata jamak buddhi yg membawa maksud budi dan akal.  Dalam Bahasa Arab : As-Saqafah  Culture (bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin Colore.  Dari kamus Dewan 1. cara hidup sesebuah masyarakat , tamadun, peradaban dan kemajuan.  Secara rumusan budaya bermaksud keseluruhan cara hidup manusia sama ada dalam bentuk fikiran ,kepercayaan, perlakuan dalam sesuatu masyarakat yg diterima oleh anggotanya dan diwarisi secara turun-temurun.

Ciri-ciri Budaya  Msyrkt Malaysia terdiri drpd pelbagai kaum spt orang Melayu, Cina, India , Punjabi dan lain-lain.  Setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan masing2 namun terdapat beberapa persamaan yg boleh ditemui di kalangan semua kaum spt sistem kekeluargaan, adat resam, objek kebendaan dan nilainilai keagamaan.  Contoh semua kaum mempunyai adat resam yang menekankan pentingnya menghormati orang tua. Adat ziarah-menziarahi sudah menjadi amalan tradisi bagi semua kaum di Malaysia spt hari perayaan.

Ciri-Ciri Budaya  Peralatan dan kelengkapan kehidupan manusia. Seperti rumah , pakaian, alat-alat pengeluaran.  Mata pencarian dan sistem ekonomi  Sistem kemasyarakatan (kekeluargaan, organisasi politik)  Bahasa (tulisan atau lisan)  Ilmu pengetahuan

Agama dan Kepercayaan Pegangan Etnik Agama dan


Melayu Islam (Al-Quran, hadis) Buddha Confucianisme Taoisme Hindu -konsep karma dan kelahiran semula -kitab Veda Animisme, Kristian, Islam Animisme, Kristian

Cina

India

Kadazan Iban

Etnik Bahasa Melayu Cina India Kadazan Iban

Bahasa Ibunda Bahasa Melayu Bahasa Mandarin Bahasa Tamil Bahasa Kadazan Bahasa Iban

Etnik Pakaian Melayu Cina India Kadazan Iban

Jenis Pakaian Baju kurung, Kebaya Baju Melayu Samfoo Cheongsam Sari Dhotti, Kurta Sinuangga (perempuan) Gaung (lelaki) Baju Burung

Etnik

Kesenian Muzik/Tarian Melayu Wayang kulit


Kuda Kepang/Zapin Rebana/seruling/Rebab Cina Tarian Kipas Cina Tarian singa Sona dan Pan ku (alat muzik),dram Tabla, baya,sitar Tarian klasik India Bharata Natyam Mahari Tarian sumazau Sumpoton Tarian ngajat Engkerurai, Sape

Muzik/Tarian

India

Kadazan Iban

Makanan
Etnik Melayu Cina India Kadazan Melanau

Jenis Makanan Nasi lemak, nasi kerabu Karipap, kuih koci Kuih bulan, kuih pau Yong tau Fu Roti Canai, Maruku, Putu Mayam Hinava ginapan, ambuyat Umai

Perayaan Etnik
Melayu Cina India Kadazan Iban

Jenis Perayaan Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji Awal Muharram Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei Deevapali, Thaipusam Pesta Menuai Hari Gawai

Adat resam/Adat Istiadat


Etnik Melayu

Adat resam/ Adat istiadat

Duduk bersila (lelaki)bersimpuh (perempuan) Adat Melenggang perut Adat bersanding Angpau Penggunaan warna merah Kalendar orang Cina (tahun ikut 12 nama binatang) Sistem kasta (Brahmin, Kesyatria, Vaisya,Sudra) Konsep kelahiran semula Adat kematian Adat mintuhun- adat menjejakkan kaki bayi ke tanah Mengetup garam-bayi baru lahir dimasukkan

Cina

India

Kadazan

Iban

You might also like