You are on page 1of 26

BAB 3 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PENGENALAN
Tujuan asas pengajian Kenegaraan Malaysia :  Untuk memperkukuh pemahaman dan penghayatan ciri dan sifat-sifat kenegaraan seperti mempunyai pengorbanan dan sumbangan pemimpin-pemimpin masa lampau serta mengetahui dan memahami proses kerjasama, tolak ansur dan akomodasi yang membantu pembentukan Negara yang dipanggil Persekutuan Malaysia.  Penghayatan kepada sejarah dan proses pembentukan Negara ini akan membantu Negara dalam usaha melahirkan Negara bangsa iaitu Bangsa Malaysia yang hidup aman damai dan bersatu padu di bawah satu payung negara MALAYSIA.

SEJARAH HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA  Kebanyakkan pemerhati politik Malaysia menganggapkan etnisiti atau perkauman sebagai satu asas yang penting dalam memahami struktur dan fenomena politik dalam Negara.  Asasnya, penjajahan yang berlaku di TM menyebabkan berlakunya scenario politik yang begitu kompleks dalam Negara. Dasar Pecah dan Perintah.  Sejarah perhubungan kaum di TM bermula dengan kedatangan penjajah Inggeris yang bertanggungjawab melahirkan masyarakat yang berbilang kaum.  Penjajah telah mengimport ramai imigran masuk ke TM untuk kepentingan ekonomi mereka.  Kemasukan kaum Cina dan India telah menjadikan masyarakat TM bertambah kepada 3 bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Sejarah Ringkas Orang Melayu  Penduduk asal  Asasnya bergiat dalam bidang pertanian sebagai sumber ekonomi utama berdasarkan sistem ekonomi secukup hidup/ekonomi sara-diri dan tinggal dalam komuniti kampung atau desa/luar bandar. Seperti pesawah, nelayan.

Orang Cina  Datang ke TM secara besar-besaran mulai pertengahan abad ke 19 bila berlakunya pembukaan lombong-lombong bijih timah di pantai barat TM.  Mengendalikan kegiatan ekonomi moden berdasarkan kepada sistem kapitalis telah menjadikan orang Cina sebagai penduduk utama di kawasan-kawasan Bandar yang baru muncul.  British telah mengalakkan imigran Cina untuk membangunkan kawasan perdagangan dan kewangan, seperti kawasan bijih timah di Perak dan Selangor dan emas di Bau, Sarawak.  Bagaimanapun, hubungan mereka dengan negara asal tetap terjalin dalam bentuk yang rapat dan kukuh.  Bentuk politik segala gerakan mereka adalah dipengaruhi oleh keadaan yang berlaku di Negara China.  Freedman menjelaskan keadaan ini sebagai the homeland became a focus of political interest.  Pendidikan bersumberkan dari Negara China.

Orang India  Kedatangan orang India secara besar-besaran berlaku dalam peringkat yang lebih lewat, yang mempunyai hubungan rapat dengan pembukaan ladang-ladang getah pada akhir abad ke 19 dan awal 20-an.  Juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Negara asal mereka, malah dalam kebanyakkan hal, kedatangan mereka lebih merupakan untuk sementara waktu sahaja, semata-mata untuk mencari kekayaan.  Pendidikan  Politik

Dasar Pecah dan Perintah penjajah Inggeris telah mewujudkan jurang antara kaum. Pihak penjajah telah mengkhususkan pelbagai etnik itu bagi kepentingan pemerintahan mereka. Mereka berjumpa untuk berurusniaga di Bandar, kemudian kembali ke kawasan masing-masing
   

Orang Melayu kampung Dayak Rumah Panjang China Kongsi / Bandar India estate/ladang

Masyarakat Majmuk  Keadaan masyarakat TM tersebut lebih kurang sama dengan gambaran Furnival tentang cirri-ciri masyarakat majmuk dalam kajian yang dilakukannya keatas masyarakat di Burma dan Kepulauan Jawa.  Beliau memberikan ciri-ciri masyarakat majmuk seperti berikut:  Terdapat pelbagai jenis manusia seperti Melayu, Cina, Eropah, India dan penduduk asli;  Mereka bercampur tetapi tidak bersatu  Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama;  Masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri;  Mereka bertemu di pasar ketika membeli belah, kemudiaanya masing-masing kembali ke dalam kelompok sendiri ; dan  Dalam bidang pekerjaan, terdapat pembahagian tenaga buruh yang berdasarkan garis perkauman.

 

 

Ketegangan kaum telah bermula. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedarkan para pemimpin Negara tentang kepentingan integrasi nasional dan perpaduan. Persoalan penting kemudiannya ialah bagaimana cara untuk mencapai integrasi nasional dan perpaduan dan pada masa yang sama memperkenalkan konsep perkongsian kuasa. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru sebagai langkah untuk mencapai perpaduan nasional dengan dua strategi utama Membasmi kemiskinan Penyusunan semula masyarakat

KONSEP DAN TEORI


Perpaduan  Proses penyatuan dari semua aspek fizikal, social, ekonomi dan politik tetapi bukan biological  Integrasi  Proses penyatuan dari semua aspek fizikal, social, ekonomi dan politik termasuk aspek biological (kesanggupan kahwin campur) Negara Bangsa  Sebuah negara bangsa yang rakyatnya hidup aman, bersatu-paduteguh dan menerima satu pandangan dunia politik yang sama.  Integrasi : Proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit atau bahagian. Ia merangkumi konsep perpaduan dalam konteks yang lebih tinggi serta melibatkan penyatuan biologikal.  Terdapat lima proses integrasi : Asimilasi, Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Puralisme

Asimilasi  A+B+C=A  Proses integrasi satu hala  Akhir proses, golongan minoriti akan hilang ciri-ciri kebudayaan dan identiti etniknya  Kewujudan satu kelompok yang seragam A = majoritI / dominan B dan C = kelompok minoriti Akhir proses, B dan C akan kehilangan budaya, bahasa dan agama masing-masing dan akan mengamalkan budaya, bahasa dan agama kelompok A  Contoh : Masyarakat Cina di Indonesia.  Proses integrasi jenis ideal.

Proses Kecil Asimilasi  Terdapat 2 proses kecil asimilasi di mana kelompok minority tidak kehilangan semua ciri-ciri mereka pada akhir prosesnya. Asimilasi budaya / Akulturasi  Kelompok minoriti mempelajari budaya kelompok dominan/majoriti.  Ciri-ciri kelompok minoriti tidak semestinya hilang.  Memperkayakan budaya  Contoh : Orang Cina yang berasal dari Negara China sebagai Cina Malaysia.

Asimilasi struktur  Ai + B + C + Ai + Bi + Ci  Kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama kelompok dominan / majoriti. A = kelompok majority B dan C = kelompok minoriti i = institusi  Contoh : di Malaysia Sekolah Barisan Nasional Amalgamasi  A+B+C=D  Proses pencantuman dari segi biologi A, B dan C : kumpulan etnik D : amalgamasi hasil percantuman  Akan melahirkan satu kelompok baru yang akan memiliki ciri-ciri baru.  Berlaku melalui perkahwinan campur secara besar-besaran. Percantuman ras dan etnik akan memperkayakan lagi warisan masyarakat

Pluralisme  Bertentangan dengan dasar asimilasi dan amalgamasi  Dasar yang mempertahankan kepelbagaian. Pluralisme Kebudayaan  A+B+C=A+B+C  A, B dan C mewakili kelompok ras / etnik.  Pengekalan cirri-ciri kebudayaan termasuk pelbagai kelompok, termasuk kebudayaan kelompok minority berasaskan andaian
Semua kelompok etnik mempunyai hak terhadap warisan psikofizikal masing-masing Perbezaan dalam kebudayaan manusia adalah lazim dan tidak dapat dielakkan Kepelbagaian adalah punca kekuatan di mana Negara akan mendapat manfaat dari kepelbagaian ini.


Satu bentuk perpaduan yang mudah diterima umum.

Pluralisme Ubahsuaian  A + B + C = Ai + Bi + Ci  Setiap kelompok ras dan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain
A, B dan C mewakili kelompok ras / etnik asal. Ai, Bi dan Ci adalah kelompok asal yang sudah mengubah suaikan amalan budaya asal mereka kerana pergaulan dan perhubungan dengan kelompok lain.
 

Pengaruh ini membawa sedikit perubahan kepada amalan budaya asal sesuatu kelompok itu. Dikemukakan oleh Nathan Glazer dan Daniel P. Moynihan (1963)
Hasil kajian dan tinjauan mereka keatas satu fenomena yang wujud di kota New York.

Amalan budaya Nigeria di kalangan Nigeria di NY berbeza dengan amalan asal budaya Nigeria

Dimensi Integrasi  Integrasi boleh dibincangkan dari beberapa dimensi.  Ia boleh merujuk kepada mengintegrasikan individu (etnik) dan kelompok, idea dan nilai, kawasan dan keadaan.  Boleh merujuk kepada proses membina konsensus di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kepentingan.
 

Dlm masyarakat majmuk melalui permuafakatan. Prinsip asas ;

Perpaduan dan integrasi melalui kepelbagaian; Saling hormat dan menghormati antara satu sama lain; Sedia bekerjasama dan bertolak ansur; dan Sederhana dalam tuntutan yang melintasi garis pemisah.

Boleh merujuk kepada proses merapatkan jurang perbezaan antara kelompok pemerintah dengan yang diperintah iaitu integrasi elit-massa.
 

Keperluan bermesyuarat sebagaimana tuntutan demokrasi Pemimpin sering menjauhi yang dipimpin

Boleh merujuk kepada proses merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, khasnya antara wilayah yang maju dengan wilayah yang mundur.


Dalam politik hal ini penting kerana semakin lama sebuah wilayah ini ketinggalan dalam pembangunan, semakin meningkat perasaan terpisah.

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI  Kemuncak masalah perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia bilamana tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.  Pilihanraya umum 1969, Parti perikatan buat pertama kalinya gagal memperolehi majoriti 2/3.  Parti pembangkang telah merancang untuk mengadakan perarakan kemenangan.
 

Gerakan dapat kebenaran untuk adakan perarakan DAP juga adakan perarakan.

Kemuncak dan manifestasi hubungan kaum yang selama ini terpupuk sejak kuasa penjajah mulai bertapak di negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk yang dipisahkan dari pelbagai segi.

Tempat Tinggal  Orang Melayu dan penduduk asli dibiarkan oleh penjajah di perkampungan dan pendalaman seperti sediakala.  Etnik-etnik pendatang terpisah dari segi tempat tinggal kerja Cina perlombongan India Estate

Pendidikan


Setiap etnik mempunyai pendidikan dan sukatan pelajaran masing-masing.

Melayu Sekolah Melayu / Inggeris Cina Sekolah aliran Cina / Inggeris India Sekolah aliran India / Inggeris Pekerjaan


 

Melayu dibiarkan terus menjalankan hidup yang mereka lakukan sejak turun temurun, sebagai petani sara diri dan nelayan. Cina digalakkan bergiat dalam sektor ekonomi India pekerja estet.

 

Kesan dasar pecah dan perintah, masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kelompok etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak terpisah antara satu sama lain. Inilah keadaan social, ekonomi dan politik TM menjelangnya kemerdekaan pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Sehingga tahun 1969, kerajaan Malaysia telah mempunyai anggapan bahawa tolak ansur antara orang Melayu dengan bukan Melayu dalam bidang politik dan ekonomi negara sudahpun diterima. Rusuhan kaum 13 Mei 1969 adalah kemuncak kepada masalah perpaduan dan integrasi nasional. Antara perkara penting yang disedari umum ketika itu ialah dalam soal-soal : Politik  Konsep tolak ansur tidak lagi diterima Orang Melayu bukan hanya perlu kuasai politik, tetapi juga ekonomi

  

Ekonomi  Ketidak seimbangan pendapatan berleluasa antara kelompok Melayu dan Bukan Melayu di Semenanjung Malaysia. Pendapatan tinggi Pandapatan sederhana Pendapatan rendah  Pemilikan harta yang tidak seimbang antara Melayu dengan bukan Melayu. Pergaduhan kaum telah menunjukkan bahawa keadaan politik tidak begitu tenteram seperti yang dijangkakan. Kebanyakkan pemerhati politik membuat kesimpulan, peristiwa tersebut berlaku disebabkan : kaum Melayu tidak berpuas hati dengan kadar pemodenan yang telah berlaku dan juga tidak berpuas hati dengan anggapan bahawa aktiviti mereka seharusnya tertumpu kepada soal-soal politik semata-mata. Kaum bukan Melayu pula tidak berpuas hati bahawa mereka seharusnya berkecimpung dalam aktiviti ekonomi sahaja dan tidak bersetuju dengan penerimaan konsep hak istimewa orang Melayu.

LANGKAH PERPADUAN DAN INTEGRASI  Ekoran dari rusuhan kaum 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Sosial  Rukun Negara  Dasar Pelajaran Kebangsaan  Dasar Kebudayaan Kebangsaan Politik  Pindaan Akta Hasutan  Telah dipinda dalam masa darurat oleh Ordinan 45 Tahun 1970 untuk menghukum perbuatan mempersoalkan isu-isu sensitif.

Ekonomi  Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975.  Matlamat utama :  Membasmi kemiskinan  Menyusun semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan.  Tujuan akhir : mencapai integrasi nasional dan hidup bersama dengan rukun dan damai.

KEJAYAAN  Kejayaan dasar dan program yang dilancarkan oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah jelas.  Namun kejayaan ini lebih mudah diukur dari sudut ekonomi dan politik dan tidak itu daripada sudut sosial.
Ekonomi Politik Barisan Nasional Sosial
 

Sukar untuk diukur kejayaannya. Inti terletak kepada persoalan-persoalan seperti berikut:  Ada atau tidak pergaulan bebas dan sukarela yang berlandaskan hormat-menghormati antara kelompokkelompok etnik?;  Ada atau tidak kelompok yang masih merasakan bahawa dia masih tertindas oleh kelompok lain?;

PEMBINAAN NEGARA BANGSA  Masih lagi belum mendapat sambutan yang begitu hebat dan hangat dari semua lapisan kelompok etnik.  Apakah bentuk dan rupa kelompok bangsa Malaysia yang ingin dibina? Bangsa Malaysia KESIMPULAN  Proses perpaduan dan integrasi adalah matlamat dan cabaran utama sesebuah negara.

You might also like