You are on page 1of 30

PENGURUSAN KEWANGAN

Ahli kumpulan: Then Jip Ngo (890914-13-5188) Lily Lee Sie Ping (890218-13-6136)

Sub tajuk
Pengenalan Sumber Kewangan Peraturan mengutip wang Merekod stok Penyata kira-kira

Pengurusan kewangan

Bermaksud membuat penyata kewangan dengan rapi, betul, teratur dan sistematik

PENGENALAN
Merupakan satu faktor dan pemangkin bagi menggerakkan sesebuah persatuan dengan aktif dan berkesan . Sumber kewangan diperoleh daripada pelbagai sumber seperti Wang SUWA, derma, tajaan dan sebagai. Bendahari persatuan dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan dan pengurusan sumber kewangan persatuan. Penbentangan kewangan dilakukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persatuan. Setiap persatuan harus mempunyai satu rekod penyata dan kewangan yang sistematik.

Punca Kewangan

Akaun Wang SUWA

Tajaan

Kutipan derma dan sumbangan pihak luar

Usaha ahli

Yuran keahlian/bay aran peserta

1. Akaun Wang SUWA


Juga dikenali sebagai Akaun Sumbangan Wang Asing. Akaun yang berasingan dengan peruntukan kewangan daripada kementerian pendidikan atau Jabatan Pendidikan.

Pajakan kantin sekolah

Derma-derma seperti derma daripada orang perseorangan dan swasta

Punca Akaun Wang SUWA

Yuran Tahunan Pelajar (seperti perpustakaan, kokurikulum, sukan, peperiksaan, dan keagamaan

Sumbangan lain yang diberikan oleh orang perseorangan dan pihak swasta

2. Tajaan
Aktiviti-aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah boleh mendapat tajaan hadiah dan sumber kewangan daripada penaja. Jawatankuasa atau urusetia perlu menyenaraikan penaja dan seterusnya menghantar surat kepada penaja-penaja untuk mendapatkan tajaan yang serupa kewangan atau barangan. Menerima tajaan daripada syarikat swasta.

PETRONAS

Proton Syarikat Swasta Yang Memberi Tajaan TNB KUB

3. Kutipan derma dan sumbangan pihak luar


Persatuan di peringkat sekolah boleh mendapat sumber kewangan , hamper, hadiah dan sebagainya dengan cara kutipan derma dan sumbangan pihak luar institut pendidikan.

Badan-badan NGO (PIBG, Majlis Belia Jajahan, Aids Malaysia dan sebagainya

Sumber atau badan yang boleh dihubungi

Syarikat-syarikat swasta dan perseorangan

Kerajaan (BTN, kerajaan Negeri Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan Negara dan sebagainya)

Surat rayuan / kutipan derma

Cara-cara Sesebuah persatuan mendapatkan sumbangan

Jogathon

Iklan melalui buku cenderamata

Papan atau kain iklan

4. Usaha Ahli
Ahli persatuan boleh berusaha mencari sumber kewangan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum.

Minggu kerja (bagi pergerakan pengakap

Punca kewangan

Mengumpul dan menjual surat khabar lama, baju terpakai, perabot lama dan sebagainya Menjual makanan dan sebagainya Pestaria/pasaria Kad derma Lain-lain

5. Yuran keahlian / bayaran peserta


Pembiayaan kewangan aktiviti kokurikulum adalah bayaran yang dikenakan kepada ahli atau para peserta dan sumber-sumber lain seperti daripada penaja dan pihak lain

PERATURAN MENGUTIP WANG


Ahli jawatankuasa (terutama bendahari)perlu mematuhi peraturan semasa mengutip wang daripada ahli-ahli. Antaranya ialah 1. Kadar bayaran yuran tahunan ,bulanan atau yuran khas yang bakal dikutip telah ditentukan dalam perlembagaan persatuan berkenaan atau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja persatuan. 2. Semua pungutan kewangan dilakukan oleh bendahari persatuan atau wakil. 3. Semua kutipan yuran perlu dicatat dalam ruangan Penyata Kutipan Yuran persatuan

4. Semasa mesyuarat jawatankuasa persatuan, bendahari mengemukakan maklumat kutipan yuran berdasarkan buku tersebut . Di akhir tahun atau sebelum Mesyuarat Agung Tahunan persatuan, bendahari perlu membuat penyata kira-kira dan perlu memasukkan penyata kutipan yuran. 5. Sesuatu persatuan boleh mengutip derma daripada orang perseorangan, syarikat atau pihak tertentu dengan persetujuan guru besar dan seterusnya menghantar surat permohonan. 6. Kertas kerja dan permohonan yang lengkap dihantar kepada pihak polis daerah untuk mengadakan pungutan derma daripada orang ramai.

Penyata Kutipan Yuran


Bil Nama Ting . Yuran keahlian RM Yuran Februari Yuran Mac

Tarikh RM

Tarikh RM

Tarikh

Merekod stok
Setiap persatuan dan organisasi perlu mempunyai buku stok seperti daftar inventori, stok bekalan pejabat dan daftar pergerakan harta dan inventori. Buku stok merupakan buku yang merekod dan mencatatkan semua stok atau benda atau harta yang dipunyai oleh sesebuah persatuan. Buku stok diperlukan bagi mengawal dan mengenal pasti sama ada sesuatu benda atau harta itu masih terdapat dalam simpanan persatuan atau disebaliknya.

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, inventori ialah barang-barang yang tak luak bernilai kurang daripada RM500.00 setiap satu pada masa perolehan. Daftar inventori diperkenalkan untuk merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini diadakan dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan membuat rujukan. Kad-kad disusun mengikut jenis inventori dan abjad, satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod penggunaan borang ini.

1. Harta atau barang Kategori harta-harta persatuan yang terdapat di sekolah dan maktab
luak(termasuk alat tulis) atau yang boleh habis digunakan
Contohnya: dakwat, stensil, pen, kertas pendua, kertas manila, dan sebagainya.

2. Harta kekal
Seperti: khemah, periuk, bola, carta, kompang dan sebagainya.

12. periuk 11. pensel

1. Cecair pemadam 2. Dakwat pendua 3. gunting

10. Pen marker

Cara menyusun tajuk harta persatuan berkenaan ke dalam buku stok mengikut abjad

4. Kertas karbon

9. pen

5. Kertas pendua

8. Klip kertas 7. khemah

6. Kertas taip

Cara merekodkan dalam buku stok adalah dengan mencatatkan semua maklumat barangan atau harta yang diterima seperti nombor pesanan, pembekal, tarikh dan jumlah penerima. Apabila barang atau harta dikeluarkan untuk kegunaan, maklumat seperti tarikh, jumlah dikeluarkan, nama dan tandatangan penerima dicatatkan. Baki barang dicatat di ruang baki.

Penyata Kira-kira
Penyata atau kunci kira-kira bermaksud penyata kewangan yang menunjukkan kedudukan sebenar kewangan sesebuah persatuan. Penyata ini menunjukkan semua harta dan hutang yang dimiliki oleh sesebuah persatuan atau organisasi dalam satu jangka masa tertentu. Juga menyatakan jumlah hutang yang masih ditanggung oleh persatuan berkenaan(jika ada). Ini dinamakan tanggungan atau liabiliti.

Tanggungan atau liabiliti dibahagi kepada dua, iaitu liabiliti jangka panjang(dalam tempoh setahun atau lebih) dan liabiliti jangka semasa(tidak tetap seperti overdraf bank dan pemiutang). Mohd Ismail Zamzam (1993) menyatakan bahawa hutang atau tanggungan diertikan sebagai sesuatu yang perlu dilunas atau diselesaikan pembayarannya oleh persatuan. Selain berbentuk wang pinjaman daripada orang lain, hutang juga wujud sekiranya persatuan membeli barang secara kredit dan menggunakan perkhidmatan orang lain.

Harta atau aset bermaksud semua barang kepunyaan persatuan yang mempunyai nilai seperti wang tunai, perabot dan sebagainya. Harta dibahagi kepada aset tetap(seperti perabot,bangunan dan sebagainya) dan aset semasa(seperti stok, penghutang dan tunai) Harta atau aset dinilai dalam bentuk wang ringgit.

Tujuan Penyata Kira-kira

1. Jumlah modal pemilik(persatuan) 2. Jumlah nilai harta (aset) yang dipunyai oleh persatuan 3. Jumlah nilai tanggungan (liabiliti)

Semasa menyediakan penyata kira-kira, terdapat dua bahagian utama, iaitu bahagian harta(aset) dan bahagian tanggungan (liabiliti). Penyata kira-kira tersebut perlu dibentangkan mengikut susunan seperti berikut:
TANGGUNGAN (LIABILITI) Ekuiti Pemilik Modal (+) Untung bersih (-) Ambilan modal akhir Liabiliti Semasa Overdraf bank pemiutang HARTA (ASET) Harta tetap Bangunan Kenderaan Perabot Peralatan Harta Semasa Tunai di tangan Tunai di bank Stok Penghutang

Sumber Rujukan
Ab. Alim Abdul Rahim. 2005. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://www.scribd.com/doc/3060126/Nota-Pengurusan-Kokurikulum http://www.scribd.com/doc/2109429/SUMBER-KEWANGAN http://www.google.com.my/search?hl=en&client=firefoxa&rls=org.mozilla%3AenUS%3Aofficial&channel=s&q=peraturan+mengutip+wang&btnG=Search& meta=&aq=f&oq http://www.skgoebilt.net/IPKB/Pengurusan%20Gerko/Pengurusan%20Kewangan%20Ger ko.ppt http://www.scribd.com/doc/19312377/GERKO-peringkat-1 http://www.scribd.com/doc/3052999/BUKU-PANDUAN-KOKURIKULUM http://www.skgoebilt.net/IPKB/nota%20kpli/PENGURUSAN%20GERKO.doc

Sekian, terima kasih

You might also like