You are on page 1of 21

JILID 1

FASAL 7

KITA HIDUP DALAM LAUTAN UDARA

OBJEKTIF KHUSUS
Menyebut kepentingan udara dan lautan dalam kehidupan manusia Menjelaskan ayat-ayat al-Kauniyyah dan an-Naqliyyah yang menunjukkan kewujudan Allah serta keesaanya

OBJEKTIF PEMBINAAN DIRI


Sentiasa merasa rendah diri dan Allah yang maha tinggi Memupuk sifat ikhlas kerana Allah dan menjauhkan sifat riak bongkak

Pendahuluan
Tutuplah hidung dan mulut untuk tempoh seminit atau dua minit. Ketika itu kita akan mengetahui betapa pentingnya udara dalam kehidupan kita. Sekiranya udara ini tiada, semua manusia akan mati dalam beberapa minit. Fikirlah adakah kita mampu hidup walaupun untuk beberapa minit sahaja tanpa nikmat udara ini? Fikirlah, adakah kita telah melakukan kewajipan bersyukur kepada Tuhan kita?

pernafasan

keseimbangan tekanan
FAEDAH UDARA

pelihara bumi

agen pendebungaan pengangkutan udara pemindahan hujan


Ada lagi Sila klik pada kotak untuk maklumat tambahan

ALlah Taala memberikan nikmat udara untuk pernafasan kepada hidupan.

Udara (lapisan atmosfera) juga berfungsi memelihara bumi daripada bahaya meteor-meteor dan tahi bintang.

Udara atau angin pula berfungsi sebagai agen pendebungaan bagi tumbuhtumbuhan lalu menghasilkan bunga dan buah serta pemindahan hujan kepada hidupan.

Dalil - Surah Al-Hijr : 22 Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih

Udara atau angin pula berfungsi sebagai agen pendebungaan bagi tumbuhtumbuhan lalu menghasilkan bunga dan buah serta pemindahan hujan kepada hidupan.

Dalil - Surah Al-Hijr : 22 Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih

Melalui udara juga manusia dapat bergerak menggunakan pengangkutan udara dan lautan.

Dalil - Surah Asy-Syuara:33-34 Jika Dia kehendaki, Dia menghentikan tiupan angin, maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan.

Selain itu, udara memberi keseimbangan tekanan kepada aliran darah dalam tubuh kita.

Kekuasaan ALlahtidakkah anda melihat?!

Lagi Hikmah Allah Jadikan Udara

1. Allah Taala telah mencipta udara yang sesuai kepada manusia untuk meneruskan kehidupannya dan menyediakannya di setiap tempat di muka bumi ini dengan jumlah yang banyak.

2. Kuantiti udara yang dibekalkan untuk kehidupan pada setiap tempat di bumi adalah sentiasa mencukupi. Disamping itu terdapat keseimbangan yang tepat dan telah ditetapkan antara kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam udara.

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah menggantikan kekurangan gas oksigen secara berterusan dengan perantaraan tumbuh-tumbuhan yang menggunakan karbon dioksida dan mengembalikan oksigen kepada manusia dan haiwan.

3. Sistem pernafasan yang dicipta dapat beroperasi tanpa berhenti, teratur serta tidak membebankan. Oleh kerana ia berfungsi secara automatik, ia tidak membebankan manusia samada ketika tidur atau sedar.

Soalan pengukuhan
Apakah kepentingan udara dalam kehidupan? Apakah hikmah lain dapat dilihat dalam kejadian udara? Siapakah pemilik kebijaksanaan yang besar,ketentuan yang tiada tandingan,sistem yang canggih,

Aktiviti pengukuhan
Mengadakan rehlah khalwiyyah waktu malam atau siang ke tanah lapang atau ketempat yang sempit yang kurang selesa untuk bernafas Mencari ayat yang berkaitan dengan udara,membaca ayat dan terjemahan serta membuat ulasan

Wasilah penilaian
Menggunakan pendekatan mulahazah Mutabaah amal terutama bacaan alMathurat kubra Uji pengetahuan melalui soalansoalan,perbualan dan perbincangan

KESIMPULAN
Mihwar Imani: Allah adalah punca kekuatan. Mihwar suluki: Menjauhkan diri dari segala amalan sirik dan subhat Mihwar Daawy: Membuat tazkirah pendek/qultum/tentang sifat rahman dan rahim Allah

Sekian, JazaakumuLlah Khayral Jazaak..

You might also like