You are on page 1of 44

HSA 3033 ASIA TENGGARA ABAD KE-19

AHLI-AHLI KUMPULAN
NAMA NO.MATRIK

AHMAD ZAKI B.ABDUL KASLI NURHAFIZA BINTI JAMALUDIN NOR SAKHIYAH BINTI ILYAS NORAZWA BINTI MOHD RAZALI NURASHIKIN BINTI ZAHARI

D20081032884 D20091034727 D20091034756 D20091034985 D20091034987

SOALAN 3:
Imperialisme, kolonialisme dan mekantilisme mula aktif di Asia Tenggara sejak abad ke-14 lagi. Berikan takrif ketigatiga konsep berkenaan dan setakat manakah dasar tersebut berjaya mengubah sistem sosio-ekonomi dan politik negara-negara di Asia Tenggara.

OBJEKTIF PEMBENTANGAN
 Definisi imperialisme, kolonialisme dan mekantilisme.  Perubahan sistem sosial, ekonomi dan politik di negara Indonesia, Filipina dan Tanah Melayu setelah dijajah.

PENDAHULUAN
 Rantau Asia Tenggara merupakan rantau yang

kaya dengan sumber alam semula jadi sehingga menjadi tumpuan kuasa-kuasa Barat.  Terdapat beberapa kuasa Barat yang terlibat dalam penjajahan di rantau Asia Tenggara iaitu British, Belanda, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat.  Pada pertengahan abad ke-19 apabila kuasa Barat mula masuk dan sedikit sebanyak menggugat sistem politik, ekonomi dan struktur masyarakat Asia Tenggara.

DEFINISI IMPERIALISME
 Dapat ditakrifkan sebagai penguasaan atau kawalan sesuatu bangsa ke atas politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung ke atas bangsa atau masyarakat yang lain.  Fieldhouse (1983) mendefinisikan sebagai: satu kecenderungan sesebuah masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain, dengan menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan .

Imperialisme Lama
 Mendukung cita-cita internasionalisme kerana kuasa atau kerajaan yang mengembangkan kawalan dan pengaruhnya cuba mewujudkan satu persekutuan dan keperibadian yang sama bagi bangsa-bangsa atau negeri-negeri yang berjaya diletakkan di bawah keunggulannya.  Cita-cita internasionalisme itu bermula dari nasionalisme atau kebanggaan rupa diri yang berkembang di dalam kerajaan tersebut.

Imperialisme Baru
 Berlaku penindasan terhadap bangsa yang lemah dan persaingan yang kuat antara empayar untuk merebut sesebuah kawasan.  Kewujudan peranan golongan berkepentingan ekonomi dan agama mendorong kerajaan mereka melakukan pencerobohan politik terhadap bangsa atau kerajaan asing.

DEFINISI KOLONIALISME
 Ditakrifkan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas sesebuah negara lain dalam semua aspek iaitu meliputi ekonomi, politik dan sosial.

DEFINISI MERKANTILISME
 Bermaksud mewujudkan negara yang kaya.  Dalam usaha mendapatkan kekayaan ini, mereka perlu menguasai jajahan dan mengadakan perdagangan yang dapat memberi keuntungan kepada mereka.  Seterusnya mewujudkan angkatan tentera, membesarkan perkapalan dan mengenakan sekatan melalui akta untuk menjamin kekuasaan. Dalam pada itu, peningkatan keluaran dipastikan ada.

BRITISH DI TANAH MELAYU

Perubahan Politik
Sistem Residen  Dasar imperialisme British terhadap Tanah Melayu bermula melalui Perjanjian Pangkor 1874.  Ekoran daripada perjanjian ini, negeri Perak (negeri Melayu pertama) menerima pengaruh British iaitu menerima seorang residen yang berperanan menjadi penasihat sultan.  Tetapi residen lebih berkuasa dan sultan seolah-olah seperti boneka dan menurut segala arahan British.

 Kuasa

sultan sebagai pemerintah semakin berkurangan. Residen mengambil alih kuasa sultan dalam menjalankan pentadbiran kecuali yang berkenaan dengan adat-istiadat Melayu dan agama Islam.  Sebagai contoh, residen berkuasa menamakan ahliahli Majlis Negeri yang akan diluluskan oleh pihak Gabenor dan kemudian dilantik secara rasmi oleh sultan.  Selain itu, sultan atau Pemangku Raja hanya berperanan mempengerusikan majlis, sementara residen akan menyiapkan agenda dan setelah berunding dengan Gabenor, residen mengusulkan sesuatu undang-undang itu untuk dibincangkan.

 Sistem pemerintahan berubah corak, daripada

perhimpunan secara adat iaitu beratus-ratus anggota keluarga diraja akan berhimpun dalam suasana terbuka kepada orang ramai dan keputusan hanya dicapai setelah perbahasan dibuat yang mungkin mengambil masa berhari-hari, namun hanya satu urusan sahaja yang kekal di tangan orang Melayu iaitu pentadbiran hukum syariah dan pelantikan pegawai-pegawai agama yang terus menjadi tanggungjawab sultan.

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


 Menerusi sistem ini, sultan-sultan dikehendaki

menerima nasihat British dalam urusan pentadbiran negeri bagi semua perkara kecuali berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.  Diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang bertanggungjawab secara langsung kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi dan beliau juga menjadi saluran yang menghubungkan semua negeri-negeri Melayu dengan kerajaan British.

 Fungsi residen sebagai penasihat sultan diambil alih oleh Residen Jeneral.  Residen pula berkuasa sebagai ketua pentadbir di negeri masing-masing manakala sultan berperanan sebagai ketua negeri sahaja.  Mewujudkan perkhidmatan awam, pasukan polis, dasar pelajaran Persekutuan, sistem pos rasmi dan kanun peraturan tanah.

Perubahan Ekonomi
 Memperkenalkan sistem kutipan cukai ke atas pengusaha lombong pertanian, pajak gadai dan juga cukai import eksport.  Cukai yang paling banyak mendatangkan hasil ialah cukai eksport bijih timah sehingga menyebabkan banyak bandar baru muncul akibat daripada pembukaan kawasan perlombongan.

 Perkenalkan undang-undang yang menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian di mana kedudukan tanah yang bertukar menjadi hak milik persendirian tersebut perlu didaftarkan dan boleh disewa atau dipindah milik kepada orang lain melalui sistem jual beli.  Kesannya semakin banyak pelaburan asing dan hasil bumi dieksploitasi.

Perubahan Sosial
 Penghapusan amalan menyimpan hamba abdi. Contohnya di Perak, Hugh Low berjaya menghapuskan sistem perhambaan pada tahun 1884.

BELANDA DI INDONESIA

 Mengamalkan pentadbiran tradisional berkonsepkan berkonsepkan Mandala yang mempunyai 4 bulatan di mana setiap bulatan mempunyai pemerintah sendiri.  Selepas Indonesia jatuh ke tangan Belanda, tiga Pesuruhjaya Jeneral dilantik bagi menyusun kembali pentadbiran dan memulihkan kedudukan kewangan di Pulau Jawa serta seterusnya mengenepikan kuasa pemerintah tempatan.

 Perlantikan Gabenor Jeneral telah dilakukan di mana beliau memegang kuasa tertinggi, dibantu oleh empat orang konsular, Sekretriat Jeneral di bawah Ketua Setiausaha.  Sebuah Majlis Negara ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan perundangan kerajaan.

 Gabenor Jeneral Belanda, iaitu Marsekal Herman Willem Daendels cuba mengawal institusi Bupati atau ketua daerah di Jawa dengan melakukan perlantikan dan pemecatan dengan tujuan untuk mengurangkan peranan dan pengaruh Bupati yang sebelum ini dikatakan adalah kuasa yang tertinggi dalam pentadbiran tempatan.  Pada tahun 1874, sistem pentadbiran daerah telah disusun mengikut jabatan tertentu iaitu Pejabat Dalam Negeri, Pendidikan, Agama dan Industri, Kerja Raya Awam, Kewangan dan Kehakiman.

 Dua orang residen dilantik di mana residen pertama mengawasi Susuhanan dan Dinasti Mangkunegara serta residen kedua pula mengawasi Sultan dan Dinasti Pakualan.  Mewujudkan sistem mahkamah yang terbahagi kepada Mahkamah Penghulu, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Sivil. Segala kuasa mahkamah- mahkamah ini terletak pada Gabenor Janeral dan sekiranya berlaku pertelingkahan antara mahkamah, beliau mempunyai kuasa dalam membatalkan manamana penghakiman.

Perubahan Ekonomi
 Memperkenalkan tiga dasar ekonomi iaitu Sistem Kultur (1830-1870), Dasar Liberal (1870-1900) dan Dasar Etika (1900-1920).

a) Sistem Kultur/Sistem Tanaman Paksa


diperkenalkan oleh Gabenor Van Den Bosch bertujuan untuk menambah pengeluaran tanaman jualan seperti kopi, gula dan gula serta menyelesaikan masalah ekonomi Belanda di Eropah dan meninggikan taraf hidup petani di Indonesia. Berjaya dilaksanakan. Buktinya, Belanda memperoleh keuntungan sebanyak 837 juta guilders dengan menjadikan orang Cina sebagai ejen ekploitasi Belanda dan turut memperolehi keuntungan tersebut dengan cara penindasan dan pemerasan yang kejam terhadap para petani Jawa.

b) Dasar Liberal
berdasarkan falsafah kewajipan menjaga kebajikan rakyat tempatan dan untuk menggantikan Sistem Kultur. bermatlamat memperbaiki taraf hidup para petani dan memberi peluang yang lebih luas kepada para pengusaha persendirian dan para pemodal untuk terlibat dalam ekonomi. menggalakkan para pemodal swasta untuk menguasai perniagaan dan membuka ladang-ladang besar seperti di Sumatera, Sulawesi dan Kalimantan. kesan negatif, ekonomi rakyat masih mundur disebabkan pihak pemodal swasta yang masih melakukan penindasan dan eksploitasi untuk kepentingan memperoleh keuntungan semata-mata.

c) Dasar Etika
diperkenalkan atas dasar kepercayaan bahawa kerajaan Belanda mempunyai kewajipan moral untuk menjaga kebajikan rakyat peribumi. sistem ini juga projek pengairan juga turut diperluaskan manakala sektor perlombongan dan perusahaan turut dimajukan.

Perubahan Sosial
 Sistem pendidikan tradisional (sekolah pondok)

yang dipimpin oleh ulama & mubaligh digantikan dengan sistem sekular.  Golongan priyayi- Belanda menubuhkan sekolah sebagai menyediakan diri mereka bagi jawatan rendah dalam perkhidmatan kerajaan.  Tahun 1893, dua bahagian sekolah didirikan: i) aristokrat -> Holland-Inlandse School ii) rakyat biasa -> sekolah kampung

ORANG BELANDA INDOBELANDA

EROPAH CINA MASYARAKAT TEMPATAN

 Pada 1888, Koninklijk Paketvaart Maatschappij

 

 

(K.P.M) ditubuhkan untuk menguatkan kapal penyusur antara pulau-pulau Belanda. 1873, pihak Belanda mula membina sebuah pelabuhan yang baru di Betawi (Tanjung Periuk) Jalan kereta api yang pertama telah dibina dari Semang ke Surakarta dan dari Betawi ke Buitenzorg pada 1860-an. Perkhidmatan telegraf turut diperkenalkan iaitu di Jawa dimulakan pada tahun 1856. Tahun 1866 perkhidmatan pos diperkenalkan.

SEPANYOL DI FILIPINA

Perubahan Politik
 sistem politik tradisional Filipina adalah

berasaskan sistem barangay.  Sepanyol mewujudkan Majlis Indies atas nama raja yang bertindak mengawal hal ehwal dalaman Filipina.  Majlis Indies -> Majlis Menteri -> Kementerian Kolonial

Gabenor Jeneral
Royal Audiencia (Mahkamah Tinggi), Residencia (Mahkamah Khas) Archbishop dan pegawai sivil Visitador (pegawai yang ditugaskan untuk menyiasat keadaan di tanah jajahan).

 Ketua eksekutif di Filipina ialah Gabenor Jeneral.  Bertanggungjawab: a) melaksanakan dikri raja dan undang-undang dari Sepanyol serta dikri yang dikeluarkan oleh beliau sendiri b) mengawal dan menyelia pegawai kerajaan serta c) mengawasi kutipan cukai. d) ketua tertinggi dalam angkatan tentera di Filipina

 Di samping itu, Sepanyol turut menubuhkan kerajaan berpusat, di mana di bawah perubahan ini Sepanyol memperkenalkan cabecera dan kemudiannya disebut sebagai poblacion iaitu bandar dan alcadia atau corregimiento.  pengenalan pueblo atau muni cipio (bandaran) yang merupakan sekumpulan barangay yang terletak di bawah seorang gobernadorcillo iaitu gabenor kecil yang berperanan sebagai ketua hakim.

 Dasar-dasar pentadbiran yang dijalankan oleh

Sepanyol telah membawa kesan pengasingan kuasa gereja daripada kerajaan pusat akibat daripada sikap pihak gereja yang dibenci oleh rakyat.  Pembahagian kuasa pentadbiran, Sepanyol berjaya mewujudkan kuasa kerajaan pusat yang efektif dengan meletakkan semua jajahannya ke dalam satu pentadbiran yang sama dibawah seorang gabenor.  Jawatan datu terbuka kepada orang-orang yang berkebolehan.

Perubahan Ekonomi
 Sistem Encomienda - sistem pemberian tanah oleh

Sepanyol kepada pertubuhan agama, badan-badan amal serta kepada orang Sepanyol.  menindas penduduk tempatan Orang Sepanyol berhak memungut ufti dari nilai lima ratus sehingga seribu terhadap setiap penduduk tempatan yang tinggal di kawasannya. Balasannya, pemerintah melindungi orang-orangnya dan menentukan supaya mereka dikristiankan.

 dua jenis encomienda

a)encomienda persendirian-diberikan kepada bekas-bekas pegawai yang telah berjasa kepada raja b)encomienda diraja-diberikan kepada pegawaipegawai untuk mengumpulkan wang bagi menampung kos perbelanjaan pentadbiran yang tinggi

 Sistem Polo - sistem di mana orang-orang Filipina

yang bekerja sebagai buruh perlu bekerja selam 40 hari dalam setahun dan dibayar gaji dalam jumlah yang kecil.  sistem Vandala - sejumlah barang yang tertentu dan mesti diserahkan oleh penduduk Filipina kepada kerajaan.  Perubahan dalam sistem tanah ini jelas dapat dilihat apabila konsep milik diperkenalkan. Pembesarpembesar menjadi pemilik tanah-tanah barangay yang dikerjakan oleh pengikut-pengikutnya

 Kesatuan Ekonomi Taman Negeri semasa pemerintahan Gabenor Jeneral Jose de Bascoy Vargas pada tahun 1778 hingga tahun 1787.  Pada tahun 1785 Syarikat Diraja Filipina ditubuhkan oleh Charles III iaitu sebuah syarikat yang diberi keistimewaan terhadap perdagangan dengan Manila di mana cukai tidak dikenakan ke atas barang-barang import Filipina yang masuk ke negara Eropah.

Perubahan Sosial
 Sepanyol

tetap berasa bimbang dengan kemasukan beramai-ramai kedatangan orang Cina di Filipina. Hal ini ditambah lagi dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Filipina.  Peristiwa ini telah membawa kepada dasar penyekatan dan pemisahan antara orang Cina dan orang Filipina.  Sepanyol berjaya menduduki Filipina, majoriti penduduk negara tersebut mula berubah menganut agama Kristian Katholik.

 wujudnya perkahwinan campur yang berleluasa di

antara penduduk tempatan dengan orang-orang asing seperti Eropah, Cina dan sebagainya (meztizos bagi anak lelaki dan mestizas bagi anak perempuan).  kebanyakan rumah-rumah batu yang dibina di Manila dan daerah luar bandar adalah mengikut gaya seni bina Sepanyol.  Sistem pendidikan, beberapa buah sekolah rendah dan menengah dibina oleh pihak Sepanyol. Bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Sepanyol. Penyebaran kebudayaan dilakukan melalui bahasa ini.

Penutup
 Tidak dinafikan bahawa kedatangan kuasa Barat

ke Asia Tenggara telah membawa implikasi negatif terhadap sistem ekonomi tradisi.  Walau bagaimanapun, kedatangan kuasa-kuasa Eropah ini juga memainkan peranan dalam memajukan negara-negara di Asia Tenggara dari segi pembangunan sosial dan ekonomi, terutama dalam pengaliran modal yang banyak, perpindahan teknologi serta sistem perhubungan.

You might also like