You are on page 1of 16

GTU 201/2 KESIHATAN DAN MASYARAKAT

KEMISKINAN DAN KESIHATAN (Poverty and Health)


Prof. Madya Mohd. Isa H. Bakar, Ph.D 12 March 2012 BT 8

KEMISKINAN DAN KESIHATAN (Poverty and Health) - Kemiskinan adalah satu konsep, suasana dan/atau aspek yang berkait rapat dengan ketaksetaraan kesihatan (health inequity) - Mengikut Webster (1984), kemiskinan adalah satu konsep yang relatif - Relatif di sini bermaksud ia hanya boleh ditakrifkan dengan membuat perbandingan keadaan-keadaan sesuatu golongan masyarakat (atau keseluruhan sesebuah negara) dengan golongan lain atau negara lain. - Snodgrass (1980) telah lama menekankan bahawa sememangnya tidak terdapat satu pun takrif kemiskinan yang piawai dan muktamad untuk diterimapakai, melainkan takrif kemiskinan

mengikut perspektif-perspektif tertentu.

Kemiskinan - boleh difahami dari dua pendekatan:

1. Perpektif Saradiri mutlak (Subsistence absolute ) 2. Perspektif Halangan Berbanding (Relative deprivation - relative)
Perspektif Saradiri memberi gambaran bahawa seseorang individu, keluarga atau populasi sesebuah negara tidak mempunyai keupayaan untuk menyaradiri sendiri atau keluarga untuk hidup dengan keperluan asas yang secukupnya. - Boleh dilihat dari segi pendapatan atau perolehan pekara-pekara asas (basic needs) untuk hidup seperti: - makanan/minuman - tempat kediaman yang selesa - pakaian - pendidikan - pekerjaan - kesihatan

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) - untuk memudahkan pihak pembuat keputusan dan ahli perancang mengenalpasti kadar kemiskinan. Cara mengiranya amat mudah - Semua pendapatan ahli isi rumah yang bekerja dicampur, kemudian dibahagikan dengan jumlah ahli isirumah - hasilnya menjadi pendapatan bulanan per kapita - untuk mencapai tahap saradiri bagi sesebuah isirumah yang puratanya 4.4 orang, dalam tahun 2005 pendapatan garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia ialah RM661.00 sebulan - bagi Sabah PGK ialah sebanyak RM888.00 sebulan untuk purata 5.2 orang isirumah, dan bagi Sarawak PGK ialah RM765.00 sebulan untuk 4.6 orang isirumah. - Malaysia seluruhnya PGK ialah RM691.00 bagi 4.5 isirumah. - Dalam tempuh RMK 9 PGK bagi Malaysia adala RM791.00

2. Perspektif Halangan Bandingan (Relative deprivation)

- perspektif ini menekankan persoalan kegagalan seseorang individu. sesebuah keluarga atau sesebuah negara mendapatkan keperluankeperluan asas untuk hidup perpunca dari kewujudan suasana ketaksetaraan pendapatan (inequitable income) serta ketaksamarataan pengagihan (unequal distribution) sumbersumber seperti keperluan asas, termaksuk perkhidmatan kesihatan.
- seseorang individu atau sesebuah keluarga di anggap miskin sekiranya beliau atau keluarga tersebut terhalang dari memperolehi apa-apa sahaja sumber-sumber keperluan asas yang wujud di dalam masyarakatnya, berbanding dengan individu lain atau keluarga lain - halangan yang dihadapinya berkemungkinan dari kewujudan sistem agihan yang tidak saksama, taraf pekerjaan yang tidak sama, maka pendapatan individu atau keluarga tidak sama.

CIRI-CIRI KEMISKINAN Kemiskinan dikatakan mempunyai beberapa ciri: 1 - Meliputi anggota masyarakat yang menghadapi kebuluran (famine) atau mati tanpa perlindungan 2 - Meliputi masyarakat yang tidak mempunyai keupayaan pendapatan 3 - Meliputi masyarakat yang tidak mempunyai hak ke atas sumbersumber kuasa sosial seperti suara politik dan pemilihan ke atas sumber-sumber 4 - Meliputi masyarakat yang tidak menikmati keperluan-keperluan asas seperti perlindungan, makanan, dan pakaian yang mencukupi mengikut ukuran sarahidup sesebuah masyarakat yang piawai. Ini termasuk akses kepada pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan peluang pekerjaan, dan penglibatan dalam aktiviti ekonomi.

POWERLES SNESS

ALIENATED /ISOLATED

PHYSICAL & MENTAL WEAKNESS

POVERTY

LOW MORALE

MAHUKAH ANDA TERPERANGKAP DENGAN JERANGKAP INI? Robert M. Chambers, 1979


2(a)

Robert M. Chambers ( 1979) melihat kemiskinan dari perspektif Perangkap Pengabaian (Poverty Trap). Model ini masih diberi fokus kini ( Chambers, 2006 ), Institue of Development Studies, Sussex University UK - bagi Chambers, orang-orang miskin (golongan miskin) lazimnya tidak mempunyai kuasa (Powerlessness) - mereka menyerahkan kepada orang lain untuk membuat keputusan, malah dalam isu-isu berkaitan hal-hal kepentingan mereka sendiri - lantaran itu mereka beranggapan tidak mempunyai kekuatan fizikal dan kebolehan untuk berfikir amat lemah (Physically and Mentally Weak) - mereka kemudian merasakan diri mereka tak berharga dan hidup dalam suasana yang begitu merendahkan diri (Low Morale) - hal ini menyebabkan mereka sentiasa berada di dalam kemiskinan (Poverty) dan sentiasa mengasingkan diri (Isolated) dari masyarakat - Model Chambers ini masih digunapakai dlm abad melinium ini !

Dalam Tahun 2006, Chambers masih menekankan model perangkap pengabaian ini masih relevan untuk diaplikasikan kepada negara yang masih dibelenggu kemiskinan.

Walaupun kemiskinan di Malaysia secara keseluruhan sudah turun kepada bawah 5.7 % selepas 2004, yang meliputi 2.5 %kemiskinan bandar dan 11.9 % kemiskinan luar bandar, namun masih wujud lagi masalah ketaksetaraan kesihatan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Natijahnya, orang miskin masih lagi dikongkong oleh perangkap ini di Malaysia.
Malah, disamping menghadapi kesulitan untuk memperbaiki akses kepada perkhidmatan kesihatan kepakaran yang canggih dalam kalangan mereka, ahli kumpulan masyarakat ini sudah mula terjebak dalam kancah jenayah yang mengerikan seperti rompak, ragut dan culik hingga menyebabkan fataliti mangsa.

Nurkes (1975) membuat satu kenyataan yang amat memeranjatkan apabila beliau menyatakan bahawa a country is poor because it is poor - Nurkes mempopularkan Teori Putaran Banas kemiskinan - mengikut beliau, Kemiskinan berkait rapat dengan keadaan suasana saiz Keluarga Besar. Ini berpunca dari Perkahwinan Awal - dengan keluarga yang besar wujud Kekurangan Zat Makanan yang diambil. Lantarannya Taraf Kesihatan Rendah

- ini boleh menyebabkan otak menjadi lesu dan wujud Kekurangan Pelajaran di kalangan mereka.
- hasilnya ramai kanak-kanak dan remaja dari golongan ini Keciciran dalam bidang pendidikan. Jalan keluar bagi mereka adalah membentuk keluarga barau (Kahwin) pada umur yang muda.

KELUARGA BESAR PERKAHWINAN AWAL KEKURANGAN ZAT MAKANAN

KEMISKINAN
TARAF KESIHATAN KECICIRAN RENDAH

KEKURANGAN PELAJARAN

ALIRAN PUTARAN GANAS KEMISKINAN, Nurkse, Ragnor, 1975: Problems of Capital Formatiom In Underdeveloped Countries. Oxford;Basil Blackwell

- Sebagai rumusan, Nurkes (1975) menekankan pernyataan yang disebut diatas tadi dibuktikan dengan konsep Aliran Putaran Ganas Kemiskinan - Taraf Hidup Rendah dialami oleh penduduk sesebuah negara yang miskin - Mereka hanya mempunyai Simpanan Kecil dan tidak berdaya untuk melabur - Natijahnya mereka mempunyai Pembentukan Modal Rendah atau Tiada Langsung. - Ini akan meletakkan mereka dala suasana Keperluan Per Kapita Rendah. Citarasa kehidupan mereka begitu rendah dan merasa amat selesa dengan keadaan sedemikian - Willy Gmagafu (2006) membuat satu perbandingan yang ringkas tetapi terang antara teori kitaran ganas kemiskinan dan teori pergantungan pembangunan . Dalam rumusanya, terdapat kesepaduan dalam unsur ekonomi politik bagi ke duadua premis utama teori ini.

KEPERLUAN PER KAPITA RENDAH

PEMBENTUKAN MODAL RENDAH ATAU TIADA LANGSUNG

TARAF HIDUP RENDAH

SIMPANAN KECIL

ALIRAN PUTARAN GANAS SETERUSNYA

Di Malaysia, kemiskinan memaparkan tiga ciri penting:


1. Kemiskinan mempunyai hubungan rapat dengan faktor etnik, geografi dan aktiviti ekonomi

2. Masalah kemiskinan adalah lebih ketara di luar bandar, dan


3. Kemiskinan bandar mempunyai masalah yang berlainan daripada kemiskinan luar bandar

Dengan menilai ciri-ciri kemiskinan yang wujud di Malaysia, isu kesihatan berkaitan masyarakat miskin merupakan isu yang masih relevan. Cuba selami hubungan dua konsep ini: Adakah Miskin sebagai penyebab status kesihatan rendah atau Status kesihatan rendah menyebabkan wujudnya kemiskinan ????? Adalah penting bagi profesional kesihatan di Malaysia untuk memberi perhatian terhadap ciri-ciri ini apabila merancang, melaksana dan menilai agihan perkhidmatan kesihatan kepada semua ahli masyarakat, tidak kira dimana mereka berada. Konsep-konsep seperti ketaksamarataan agihan pendapatan, ketaksetaraan akses kepada perkhidmatan kesihatan, kemiskinan mutlak dan relatif perlu difahami dengan sepenuhnya.

You might also like