You are on page 1of 32

Pendekatan Deduktif Advance Organiser

David Ausubel

Pendekatan Deduktif
3 penekanan dalam model ini: Bagaimana maklumat (kandungan kurikulum) disusun Bagaimana minda memproses maklumat baru (pembelajaran) Bagaimana guru mengaplikasi kandungan dan pembelajaran dalam pengajaran mereka

Pendekatan Deduktif
Model yang dirancang untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar.
Guru berperanan menyusun maklumat yang banyak dan menyampaikannya secara lebih bermakna dan berkesan.

Pendekatan Deduktif
Konsep pengajaran yang bermula daripada yang umum kepada yang khusus UMUM KHUSUS Maklumat disampaikan melalui kuliah, pembacaan dan tugasan Peranan pelajar adalah untuk menguasai idea dan maklumat

Struktur Kognitif
Advance Organiser adalah model yang direka bentuk untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar

Struktur kognitif ialah struktur sesuatu bidang pengetahuan yang ada dalam minda seseorang; sebanyak mana pengetahuan yang ada dan sebaik mana pengetahuan tersebut tersusun, menggambarkan bentuk struktur kognitif seseorang.

Mengukuhkan Struktur Kognitif


Ausubel menegaskan struktur kognitif sedia ada adalah faktor terpenting dan perlu diperkukuhkan bagi menentukan sama ada bahan baru yang disampaikan adalah bermakna, dapat difahami dengan baik dan dapat di simpan dalam ingatan

Pembelajaran Bermakna
Mengikut Ausubel, pembelajaran bermakna bergantung kepada: 1. Kesediaan pelajar untuk belajar 2. Bentuk susunan bahan yang dipersembahkan Kerana: ia mengalakkan pemprosesan maklumat yang baik dan Bukan disebabkan oleh kaedah pengajaran

Pengajaran Ekspositori
Menurut Ausubel, semasa kuliah atau mana-mana bentuk pengajaran ekspositori, minda pelajar juga boleh menjadi aktif apabila maklumat yang disampaikan dikaitkan dengan struktur kognitif sedia ada.

Pengajaran Ekspositori
Operasi mental menjadi aktif apabila pelajar cuba melihat maklumat yang disampaikan dari sudut yang berbeza, mengaitkannya dengan maklumat yang serupa atau yang bertentangan, dan akhirnya membuat tafsiran sendiri mengikut kerangka rujukannya.

Penyusunan Maklumat
Menurut Ausubel ada persamaan antara susunan bahan pengajaran dan cara manusia menyusun maklumat di dalam minda (struktur kognitif) Struktur ini akan menjadi peta konsep kepada pelajar apabila mereka menganalisis domain tertentu dan menyelesaikan masalah dalam domain tersebut.

Penyusunan Maklumat
Setiap bidang mempunyai struktur yang berhirarki. Peringkat teratas terdiri dari aspek umum dan abstrak dan di peringkat bawah konsep yang lebih konkrit dan khusus
Konsep Umum (Abstrak) Khusus (Konkrit)

Penyusunan Maklumat: Perkaitan dengan struktur kognitif


Ausubel Pengetahuan baru akan memberi makna dan boleh disimpan dalam ingatan hanya apabila ianya berkaitan dengan konsep yang sedia ada Sekiranya ia tidak berkaitan @ bertentangan dengan struktur kognitif yang sedia ada ianya tidak memberi makna dan tiada pautan (akan mudah dilupakan)

Penyusunan Maklumat
Oleh itu, guru perlu menyusun bahan yang akan diajar dan sampaikan dalam bentuk idea/konsep dahulu Di samping itu pelajar juga perlu secara aktif mengaitkan maklumat baru dengan melihat pertalian,persamaan, perbezaan atau jurang dengan maklumat sedia ada

Implikasi kepada Kurikulum


Melibatkan 2 Prinsip: 1. Perbezaan Progresif ( idea yang umum disampaikan dahulu sebelum yang lebih terperinci disampaikan secara berurutan) 2. Perkaitan Intergratif (idea baru perlu dikaitkan secara tidak langsung dengan apa yang telah dipelajari dahulu)

Advance Organiser
Cara utama untuk mengukuhkan struktur kognitif dan simpanan jangka panjang maklumat Ausubel mengambarkan advance organiser sebagai bahan pengenalan yang dipersembahkan sebelum pembelajaran sebenar dan di aras abstrak yang lebih tinggi dan umum daripada kandungan bahan pembelajaran sebenar (disediakan oleh guru)

Advance Organiser
Tujuan: Untuk menerangkan, menyatukan, mengaitkan dan membezakan bahan dalam tugasan pembelajaran semasa dengan bahan pembelajaran sebelumnya Keberkesanan bergantung kepada penggunaan konsep, istilah dan kenyataan yang telah diketahui pelajar serta ilustrasi dan analogi yang bersesuaian

Advance Organiser
Guru perlu memperuntukkan masa mengajar dan mengembangkan konsep, istilah @ hubung-kait sesuatu bahan kerana pemahaman ini penting sebelum dapat dikaitkan dengan bahan pengajaran berikutnya. Organiser juga boleh diberi dalam bentuk analogi dari bidang lain untuk memberi perspektif baru

Advance Organiser
Contoh: Pelajar perlu faham apakah budaya sebelum guru mengajar tentang perbezaan kumpulan budaya Contoh: Konsep keseimbangan yang diajar dalam pendidikan seni boleh diaplikasikan dalam subjek sastera, matematik dsb.

Advance Organiser - Jenis


2 Jenis Advance Organiser:
1. Pendedahan Konsep asas di tahap

abstrak yang tertinggi. Ini berguna kerana ia menyediakan perancah tentang idea baru @ yang tidak biasa ditemui pelajar

Advance Organiser - Jenis


Perbezaan digunakan untuk pelajar membezakan konsep lama dengan konsep baru atau satu konsep dengan satu konsep yang lain Contoh: Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dalam operasi darab bila mereka belajar operasi bahagi tanpa rasa keliru tentang kedua-dua konsep tersebut
2.

Model Pengajaran Advance Organiser


Aktiviti yang melibatkan 3 fasa:
Fasa 1: Pembentangan Advance Organiser Fasa 2: Pembentangan tugasan pelajar dan bahan pembelajaran Fasa 3: Mengukuhkan penyusunan kognitif

Fasa 1: Pembentangan AO
Menjelaskan tujuan/objektif pengajaran Membentang organiser - kenal pasti maksud atribut - beri contoh-contoh - beri konteks - ulangi 3. Menyedarkan pelajar tentang pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang relevan dengan bahan pengajaran yang baru.
1. 2.

Fasa 1: Pembentangan AO
Menjelaskan tujuan/objektif pengajaran adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelajar dan untuk memandu mereka kearah matlamat pembelajaran demi untuk mencapai pembelajaran yang bermakna 2. Organiser itu sendiri adalah idea dan mesti diterokai secara intelektual dan bukanlah pengenalan pembelajaran @ pernyataan yang ringkas
1.

Fasa 1: Pembentangan AO
3. Antara ciri-ciri organiser: - mesti dibina supaya dapat difahami pelajar sedalamnya - mesti di tahap abstrak yang lebih tinggi dan lebih umum dari bahan pengajaran sebenar - tidak semestinya panjang tapi pelajar menyedari perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada @ pengalaman mereka, dapat difahami dengan jelas dan berkaitan secara berterusan dengan tugasan pembelajaran dan penyusunan bahan pengajaran

Fasa 2: Pembentangan Tugasan pelajar dan bahan pembelajaran


Membentang bahan pembelajaran baru 2. Menarik perhatian pelajar 3. Menyusun pengajaran secara eksplisit. 4. Menyusun bahan pengajaran secara logikal dan eksplisit.
1.

Fasa 2: Pembentangan Tugasan pelajar dan bahan pembelajaran


Dalam fasa ini bahan pembelajaran dibentang dalam bentuk syarahan, perbincangan, filem, ujikaji @ pembacaan. Bahan pembelajaran mestilah eksplisit supaya pelajar mendapat halatuju dan dapat melihat susunan logikal bahanbahan dan perkaitannya dengan AO

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif


1. Menggunakan prinsip perkaitan dan

integrasi 2. Mengalakkan pembelajaran resepsi yang aktif 3. Mendapatkan pendekatan kritikal terhadap subjek 4. Menjelaskan

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif


Tujuan utama fasa ini adalah untuk mengukuhkan bahan pembelajaran yang baru dalam struktur kognitif sedia ada pelajar (mengukuhkan susunan kognitif pelajar)

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif


Guru boleh mengaitkan bahan baru dengan struktur kognitif sedia ada dengan: 1. Mengingatkan pelajar kepada idea umum 2. Minta ringkasan atribut utama dalam bahan pembelajaran yang baru 3. Mengulang definisi secara tepat 4. Minta pelajar membezatarakan antara aspek2 bahan 5. Minta pelajar menerangkan bagaimana bahan pembelajaran menyokong konsep2 dalam organiser

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif


Pembelajaran Aktif boleh dicapai dengan: 1. Meminta pelajar untuk menerangkan bagaimana bahan baru dapat dikaitkan dengan organiser 2. Meminta pelajar contoh-contoh tambahan dari konsep dalam bahan pembelajaran 3. Meminta pelajar memberi isi utama bahan pembelajaran berdasarkan apa yang mereka faham 4. Menyuruh pelajar menguji bahan pembelajaran dari sudut pandangan yang berbagai

Kesan pengajaran advance organiser


Model advance organiser Struktur Konsep
Penerapan makna yang didapati daripada maklumat dan idea.
Kesan pengajaran

Tabiat berfikir secara tepat

Minat terhadap inkuiri

Kesan pupukan

Sumber: Joyce, Well & Showers, 1996. Models of teaching.

Rujukan

Joyce, B., Weil, M. & Showers, B. (1996) Models of teaching. Edisi ke-5. Boston: Allyn and Bacon. Bab 15.

You might also like