You are on page 1of 10

ANSUR MAJU LARI BERGANTI-GANTI

Ansur Maju
Ansur maju merujuk kepada latihan fizikal yang bersifat progresif. Progresif pula merujuk kepada peningkatan kesukaran latihan secara beransur-ansur. Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan kepada keupayaan individu. Dalam setiap peringkat peningkatan, beban kerja akan ditambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal seseorang atlit yang menjalani latihan. Dalam acara lari berganti-ganti, latihan ansur maju yang akan dibincangkan fokus kepada teknik penghantaran baton sahaja.

LATIHAN-LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan Hantaran Baton Secara Statik(mudah)

Latihan Hantaran Baton Secara Statik (sukar)

Latihan Mendorong (mudah)

Latihan Mendorong (sukar)

Latihan Hantaran Baton Secara Dinamik

Latihan Hantaran Baton Secara Statik (mudah)


i)
ii) iii) iv)

v)

Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter antara pelari. Pelari kedua menghulur tangan ke belakang. Pelari pertama menepuk tapak tangan pelari kedua. Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.

Ulang langkah i hingga iv menggunakan baton.

Latihan Hantaran Baton Secara Statik (Sukar)


i) ii) iii) iv) Dalam kumpulan empat orang, berdiri satu meter antara pelari. Pelari pertama mula dengan memberi isyarat up. Bila isyarat up diberi pelari kedua menghulurkan tangan kiri untuk di sentuh oleh pelari pertama. Pelari kedua melakukan perkara yang sama dengan pelari ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.Ulang langkah ii hingga iv menggunakan baton.

v)

Latihan Hantaran Baton Secara Statik (sukar)

Latihan Mendorong (mudah)


i) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang ii) Pelari kedua menghulur tangan ke belakang. iii) Pelari pertama menepuk tapak tangan pelari kedua. iv) Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. v) Ulang beberapa kali.Ulang langkah i hingga iv menggunakan baton

Latihan Mendorong (sukar)


i) ii) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang Pelari pertama memberi isyarat up kepada pelari kedua. iii) Pelari kedua menghulurkan tangan selepas mendengar bunyi up dari pelari pertama. iv) Pelari pertama menyerahkan baton ke tangan pelari kedua yang dihulurkan.Selepas itu pelari kedua melakukan perkara yang sama kepada pelari ke ketiga. Pelari ketiga meneruskan lakuan ini. Ulang beberapa kali.

Latihan Hantaran Baton Secara Dinamik


i) ii) Berlari perlahan dalam kumpulan empat orang Pelari pertama menyerahkan baton kepada pelari kedua sehingga ke pelari keempat. iii) Pelari keempat menjatuhkan baton ke tanah. iv) Pelari pertama mengutip baton tersebut dan langkah i hingga iii diulang beberapa kali

Latihan Hantaran Baton Secara Dinamik

You might also like